Poskad

Poskad lama dari Malaysia

Poskad merupakan kertas kadbod yang digunakan untuk menulis ucapan kepada seseorang tanpa memasukkan ke dalam sampul surat. Terdapat dua bahagian poskad iaitu bahagian depan dan belakang. Pada bahagian depan, terdapat lukisan atau gambar-gambar menarik. Pada bahagian belakang terdapat tempat untuk menuliskan ucapan serta alamat penerima. Pada bahagian ini, setem harus diletakkan sebagai kos penghantaran kepada penerima berdasarkan kadar yang dikenakan kepada penghantar untuk tempat destinasi yang diingini.

Antara tema yang menjadi perhatian ialah pemandangan di sesebuah negara, peta sesuatu tempat, bangunan-bangunan terkenal serta tema flora dan fauna.

Sejarah

Kad yang disertakan dengan mesej tertentu sudah lama digunakan dalam pengiriman pos sejak kewujudan perkhidmatan ini. Namun, konsep poskad bergambar terawal yang dikenal pasti telah dicetuskan oleh seorang penulis bernama Theodore Hook yang mengirimkan sekeping kad dengan lakaran karikatur pekerja pos dan sekeping setem Penny Black kepada dirinya sendiri di Fulham, London pada tahun 1840.[1][2] Poskad tersebut dijual dengan harga 31,750 pound sterling dalam suatu lelongan pada tahun 2002.[2]

Poskad bergambar pertama di mana imej kad tersebut diperlakukan sebagai suatu cenderamata dihantar dari kota Vienna, Austria pada tahun 1871. [3]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Oldest picture postcard". Guinness World Records. Dicapai pada 1 Mac 2017.
  2. ^ a b "Oldest postcard sells for £31,750". BBC News. 8 Mac 2002. Dicapai pada 16 Jun 2012.
  3. ^ Frank Staff, The Picture Postcard & Its Origins, New York: F.A. Praeger, p.51.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.