Pokémon Go
Pokémon Go (digayakan sebagai Pokémon GO) merupakan sebuah permainan mudah alih percuma untuk dimainkan berdasarkan lokasi realiti diperkukuhkan yang dikembangkan oleh Niantic, Inc dan diterbitkan oleh The Pokémon Company sebagai sebahagian daripada francais Pokémon. Ia telah dikeluarkan pada bulan Julai 2016 bagi peranti iOS dan Android.
Permainan ini membolehkan pemain untuk menangkap, menempur, dan melatih makhluk maya, dipanggil Pokémon, yang muncul di seluruh dunia sebenar. Ia menggunakan GPS dan kamera peranti yang serasi. Permainan ini adalah percuma untuk bermain walaupun ia menyokong pembelian dalam aplikasi bagi barangan permainan tambahan. Satu pilihan sahabat peranti boleh dipakai Bluetooth dirancang untuk keluaran akan datang, Pokémon Go Plus, dan akan memberi amaran kepada pengguna apabila Pokémon berdekatan.
Permainan ini dengan cepat menjadi salah satu aplikasi peranti pintar yang paling digunakan selepas dilancarkan, mengatasi rekod terdahulu yang dipegang oleh Candy Crush Saga di Amerika Syarikat, dan merupakan anugerah kepada nilai saham Nintendo, yang memiliki sebahagian daripada The Pokémon Company. Ia dipuji oleh beberapa profesional perubatan lantaran berpotensi meningkatkan kesihatan mental dan fizikal pemain, tetapi menarik beberapa kontroversi kerana laporan ia menyebabkan kemalangan dan menjadi gangguan awam di beberapa tempat.
Cara Permainan
Selepas berjaya membuka akaun, pemain boleh menubuhkan identiti dan avatar seperti warna kulit, rambut, pakaian, kasut, jantina, dan aksesori seperti beg, cermin mata. Dalam peta permainan mempunyai 2 ciri yang penting, iaitu PokéStop, dan Pokémon Gym. Kedua-dua ciri ini boleh membekalkan Pokéballs (untuk tangkap Pokémon), beri (untuk memudahkan proses tangkapan), item yang khas untuk evolusi Pokémon ke tahap yang lain, ubat yang boleh hidupkan Pokémon semula, dan telur Pokémon yang boleh menetaskan Pokémon. Selain itu, setiap hari Pokémon Gym juga akan membekalkan satu Raid Pass percuma yang khas untuk memberikan pemain peluang untuk cabar dan tangkap Pokémon yang lebih kuat dan susah didapati di mana-mana tempat.
Gym adalah tempat bagi pemain untuk mencabar pemain yang lain untuk mempertandingkan kekuatan Pokémon yang dimiliki. Setiap individu cuma boleh letakkan satu Pokémon dalam gym tersebut. Biasanya, PokéStop dan Pokémon Gym merupakan tempat yang bermakna, bersejarah, senang diakseskan tanpa bahaya. Melalui letakkan Pokémon ke dalam gym tersebut, pemain akan dapat wang yang dinamakan sebagai Pokécoin. Pemain boleh membeli kostume, penetas telur, Pokéball, Raid Pass, ubat, Lucky Egg (2x pengalaman), Star Piece (2x Stardust), dan
Sampai sekarang, jumlah Pokémon yang telah boleh didapati dalam permainan ini adalah 466, merentasi 4 generasi.
Rujukan
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
