Peruncitan

Peruncitan (Jawi: ڤرونچيتن; terbitan kata runcit "kecil-kecil...berdikit-dikit, beransur-ansur"[1][2]) ialah penjualan barang atau dagangan dari sesuatu tempat yang tetap atau menerusi pos, dalam kumpulan atau longgok yang kecil untuk penggunaan pembeli.[3] Tempat tetap boleh merupakan kedai serbaneka, butik, atau gerai, dengan tempat tetap itu boleh terletak di:
- tepi jalan kawasan kediaman;
- di jalan membeli-belah yang tidak mempunyai banyak atau langsung tidak mempunyai rumah kediaman yang berhampiran; atau
- kawasan membeli-belah.
Jalan membeli-belah kekadang hanya mengkhususkan pelanggan pejalan kaki. Jalan jenis itu kekadang menyediakan bumbung penuh atau bumbung sebahagian untuk melindungi pelanggannya daripada curah hujan. Peruncitan dalam talian, sejenis perdagangan elektronik yang digunakan untuk urus niaga perniagaan ke pengguna (B2C), dan pesanan pos merupakan bentuk peruncitan tanpa kedai. Peruncit merupakan akhir rantaian bekalan, dengan perkhidmatan yang disediakan kekadang merangkumi perkhidmatan sampingan seperti penghantaran.
Dalam bidang perdagangan, "peruncit" membeli barang atau produk dalam jumlah yang besar daripada pengilang atau pengimport, baik secara langsung atau melalui pemborong, lalu menjualnya pada jumlah yang lebih kecil kepada pengguna akhir. Para pemasar perkilangan melihat proses peruncitan sebagai sebahagian yang penting dalam keseluruhan strategi pengedaran mereka. Istilah "peruncit" juga merangkumi pembekal perkhidmatan yang melayani keperluan sebilangan individu yang besar, misalnya utiliti awam seperti kuasa elektrik.
Pembeli boleh merupakan perorangan atau perniagaan. Membeli-belah umumnya merujuk kepada perbuatan membeli barang. Ia kekadang dilakukan untuk memperoleh barang keperluan seperti makanan dan pakaian. Sebaliknya, membeli-belah kekadang juga dilakukan sebagai kegiatan rekreasi. Membeli-belah rekreasi seringnya melibatkan tengok-tengok barang di kedai yang tidak selalu menyebabkan pembelian.
Lihat juga
Rujukan
- ^ "runcit". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "ronchet". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 346 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ "Distribution Services". Foreign Agricultural Service. 9 Februari 2000. Dicapai pada 4 April 2006.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.