Penerus

Penerus ialah alat elektrik yang menukar arus ulang-alik (AC) kepada arus terus (DC) di mana proses itu dikenali sebagai penerusan. Penerus mempunyai banyak kegunaan, termasuklah sebagai komponen kepada bekalan kuasa dan sebagai pengesan isyarat radio. Penerus diperbuat daripada diod keadaan pepejal, diod tiub vakum, injap arka raksa dan komponen lain.

Alat yang melakukan fungsi sebaliknya iaitu menukar arus terus kepada arus ulang-alik dikenali sebagai penyongsang. Apabila hanya satu diod yang digunakan untuk membetulkan arus ulang-alik (dengan menyekat bahagian negatif atau positif pada bentuk gelombang), perbezaan di antara istilah "diod" dan istilah "penerus" ialah cuma dari segi penggunaannya, iaitu istilah penerus menerangkan diod yang digunakan untuk menukar arus ulang-alik kepada arus terus. Hampir kesemua penerus terdiri daripada beberapa diod yang berada dalam susunan tertentu bagi menukar arus ulang-alik kepada arus terus dengan lebih berkesan berbanding dengan hanya satu diod. Sebelum pembangunan penerus semikonduktor silikon, diod bertiub vakum dan susunan penerus kuprum oksida atau selenium telah digunakan.

Penerima radio awal, dipanggil radio hablur atau radio kristal menggunakan wayar halus "misai kucing" yang menekan hablur galena (plumbum sulfida) yang menjadikannya sebagai pengesan hablur. Dalam sistem pemanasan gas, "penerus nyalaan" boleh digunakan untuk mengesan nyalaan. Dua elektrod logam di dalam lapisan paling luar nyalaan membekalkan laluan arus dan penerusan kepada voltan ulang-alik yang dikenakan, tetapi hanya apabila terdapat nyalaan atau dengan kehadiran nyalaan.

Lihat juga

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.