Pe3

PE3
PengarahFarid Kamil
Penulis
Lakon layar
  • Fadzil Zahari
  • Farid Kamil
Cerita olehFadzil Zahari
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
  • 18 Oktober 2012 (2012-10-18) (Malaysia)
Masa tayangan
80 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 1.18 juta

PE3 merupakan sebuah filem komedi aksi Malaysia 2012 yang ditayangkan pada 18 Oktober 2012 di Malaysia.

Sinopsis

Mengisahkan tentang sebuah geng rompakan yang terkenal di Pulau Pinang yang diketuai oleh Megat (Farid Kamil). Megat seorang yang cekap dalam merancang strateginya sehingga pihak polis tidak berjaya menangkapnya. Megat mempunyai seorang adik perempuan, Lina (Diana Amir) yang amat disayanginya kerana hanya Lina sahajalah keluarganya yang tinggal di dunia ini. Lina langsung tidak tahu mengenai kegiatan abangnya.

Berlaku satu cubaan ragut terhadap Lina yang mana Lina telah diselamatkan oleh Fumi (Kamal Adli). Fumi merupakan seorang anak muda yang mempunyai masalah wang dan sering di kejar Ah Long. Pertemuan pertama dengan Lina telah membibitkan perasaan sayang dan cinta diantara mereka sehingga mahu berkahwin. Megat yang sayangkan adiknya terpaksa menerima Fumi sebagai adik iparnya.

Megat mula menunjukkan dunianya yang sebenar kepada Fumi. Megat dan Fumi berkerjasama dalam melakukan rompakan namun setiap rompakan mereka berjaya dipatahkan oleh pihak polis. Megat mula mengesyaki bahawasanya terdapat pengkhianat dalam gengnya sendiri. Keadaan mula huru hara di antara mereka, namun Megat dengan bongkaknya teruskan juga kegiatan dan akhirnya menjadi buruan polis sehingga banyak nyawa yang melayang kerana kedegilannya.

Pelakon

Pelakon utama

  • Farid Kamil sebagai Megat, ketua kumpulan perompak. Abang kepada Fyza dan Lina.
  • Kamal Adli sebagai Inspektor Fumi, pegawai polis undercover yang menyertai kumpulan perompak yang diketuai oleh Megat. Suami kepada Lina
  • Diana Amir sebagai Lina, adik kepada Megat dan Fyza. Isteri kepada Fumi
  • Along Eyzendy sebagai Along, orang kanan Megat.
  • Taiyuddin Bakar sebagai Chat, orang kanan Megat

Pelakon pembantu

  • Soya sebagai Chendol/Koperal Polis
  • Fyza Kadir sebagai Fyza (Isteri Abang Kawasan) adik kepada Megat & kakak kepada Lina
  • Nik Amir Azafiq sebagai Afiq (Abang Kawasan)
  • Jeff Beh sebagai Jerry, master hacker yang diculik oleh Chat dan Along demi memperkuatkan misi rompakan kumpulan mereka.

Penampilan khas

  • Tauke Jambu sebagai Nelayan 1
  • Yus Jambu sebagai Pak Joko, Nelayan 2
  • Insp. Nazaruddin Abdul Razak sebagai Pemandu Lori Kontena
  • Pancho sebagai Pelanggan Kereta Gila
  • David Teo sebagai ASP Polis

Lihat juga

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.