Pandan

Pandan
Julat zaman: Oligosen-Kini 30–0 Ma
Buah Pandanus utilis
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Monokot
Order: Pandanales
Keluarga: Pandanaceae
Genus: Pandanus
Parkinson[1]
Spesies

Lihat senarai

Sinonim[1]
20 sinonim
  • Athrodactylis J.R.Forst. & G.Forst.
  • Barrotia Gaudich.
  • Bryantia Webb ex Gaudich.
  • Doornia de Vriese
  • Dorystigma Gaudich.
  • Eydouxia Gaudich.
  • Foullioya Gaudich.
  • Hasskarlia Walp.
  • Heterostigma Gaudich.
  • Hombronia Gaudich.
  • Jeanneretia Gaudich.
  • Keura Forssk.
  • Marquartia Hassk.
  • Pandanus Rumph. ex L.f.
  • Roussinia Gaudich.
  • Rykia de Vriese
  • Souleyetia Gaudich.
  • Sussea Gaudich.
  • Tuckeya Gaudich.
  • Vinsonia Gaudich.

Pandan atau mengkuang ialah sejenis tumbuhan monokotiledon dalam genus Pandanus[2]:37–38[3] keluarga Pandanaceae.[4][5] Ia genus terbesar dalam keluarganya, sekitar 578 spesies yang dikenalpasti[1] tumbuh bertaburan di kawasan-kawasan tropika dan subtropika Afrika timur, Asia Tenggara serta Australia sampai ke kepulauan Pasifik, terutamanya Madagaskar dan rantau Malesia.[6]

Banyak spesies pandan digunakan sebagai bahan makanan, contohnya daun pandan wangi dan buah pandan laut. Daun-daun pandan dan mengkuang juga sering dianyam untuk dibuat tikar dan rumah oleh penduduk tempatan.

Penamaan

Nama pandan (Jawi: ڤندن) asalnya digunakan kepada jenis pandan wangi (Pandanus amaryllifolius); ia juga memberi nama kepada genusnya Pandanus.[2]:38[7]

Nama mengkuang (Jawi: مڠکواڠ) digunakan untuk jenis pokok pandan yang besar.[8]:297

Pada 2012, beberapa spesies tumbuhan yang bernama "pandan" atau "mengkuang" yang dahulunya tergolong dalam genus Pandanus dipisahkan membentuk genus Benstonea yang baharu pada 2012 selepas dijalankan penjujukan DNA; spesies-spesies ini termasuk mengkuang kajang (nama botani baru: Benstonea atrocarpa, nama botani lama: Pandanus atrocarpus) dan mengkuang perah (nama botani baru: Benstonea affinis, nama botani lama: Pandanus aurantiacus).[9]

Botani

Spesies-spesies dalam genus Pandanus mempunyai ciri sepunya yang sama iaitu batang langsing seiras batang pokok palma. Akarnya tunjang dan tebal.[2]:38

Helai daunnya memanjang menyerupai rumput dengan tepi yang berduri; daun-daunnya kerap tersusun melingkari batang seakan-akan skru. Sebatang dahan pokok pandan mempunyai tiga atau empat lingkaran daun.[2]:38–39 Ada pula spesies pandan yang tumbuh merimbun sehingga menjadi pokok besar yang meneduhkan, contohnya Pandanus furcatus.[5]

Bunga dan buah

Kuntum bunganya ringkas, tidak beranggi dan mempunyai banyak sulur; bunga-bunga ini disusun padat dalam satu tandan. Satu pokok pandan yang berbunga mempunyai satu jantina sahaja.[2]:39–40

Tandan buah Pandanus repens

Buah-buahnya disusun dalam tandan bulat seiras buah durian atau nanas; tandan ini dibentuk daripada perkembangan ovari beberapa bunga yang berdampingan. Ruang udara di tengah buah membolehkannya diterapungkan air, buah-buah pandan juga dimakan burung dan kelawar yang menyebarkannya.[10][sumber lebih baik diperlukan]

Bakul anyaman daun pandan dari Filipina

Spesies

Spesies terpilih:

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b c "Pandanus Parkinson". Plants of the World Online. Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 22 Julai 2024.
  2. ^ a b c d e Aru Prihardhyanto Keim (Mei 2007). "300 Tahun Linnaeus: Pandanaceae, Linnaeus dan Koneksi Swedia". Berita Biologi. 8 (4): 37–57.
  3. ^ "pandan". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ Hyndman, David C. (1984). "Ethnobotany of Wopkaimin Pandanus significant Papua New Guinea plant resource". Economic Botany. 38 (3): 287–303. doi:10.1007/BF02859007. S2CID 32883085.
  5. ^ a b John, Harold St. (1968). "Revision of the genus Pandanus Stickman, part 29. New Papuan species in the section Microstigma collected by C. E. Carr" (PDF). Pacific Science. 22 (4): 514–519. hdl:10125/12577.
  6. ^ Wagner, Warren L.; Herbst, Derral R.; Sohmer, S. H. (1990). Manual of the Flowering Plants of Hawaiʻi. University of Hawaii Press. ISBN 0-8248-1152-6.
  7. ^ Christenhusz, Maarten J. M.; Fay, Michael F.; Chase, Mark W. (2017). Plants of the World: An Illustrated Encyclopedia of Vascular Plants. Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: University of Chicago Press. m/s. 140. ISBN 978-0-226-52292-0.
  8. ^ Burkill, Isaac Henry (April 1930). "An Index to the Malay Vernacular Names with comments". The Gardens' Bulletin; Straits Settlements. 3 (6 (bahagian 2)): 274–321 – melalui Perpustakaan Warisan Biokepelbagaian.
  9. ^ Callmander, M.W.; Lowry, P.P.; Forest, F.; Devey, D.S.; Beentje, H.; Buerki, S. (2012). "Benstonea Callm. & Buerki (Pandanaceae): Characterization, Circumscription, and Distribution of a New Genus of Screw-Pines, with a Synopsis of Accepted Species". Candollea. 67 (2): 323–345. doi:10.15553/c2012v672a12.
  10. ^ Pandanus | Description, Plant, Uses, Fruit, & Facts | Britannica

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.