Pak Pandir
Pak Pandir merupakan salah satu bentuk Sastera Rakyat Melayu . Ia merujuk kepada seorang lelaki yang bernama Pak Pandir yang mempunyai sifat yang lurus bendul. Dia mempunyai seorang isteri yang terpaksa menahan segala perbuatan bendulnya. Kisahnya menceritakan kejadian yang menimpa diri dan keluarganya.
Cerita Pak Pandir telah dimasukkan ke dalam buku bertajuk "Cherita Jenaka" yang turut memuatkan beberapa cerita-cerita rakyat popular yang lain seperti Pa' Kadok, Pa' Pandir, Lebai Malang, Pa' Belalang, Si-Lunchai oleh Sir R. O. Winstedt dan A. J. Sturrock pada tahun 1908. Cetakan ini diulang cetak sebanyak beberapa kali dengan edisi ketiga pada tahun 1914 dengan 159 halaman.[1] [2]
Cerita lelucuan
Amat menarik mengenai cerita lelucuan adalah ia merupakan satu genera cerita yang terdapat dalam banyak kebudayaan sehinggakan zaman moden. Sebagai contoh Don Quixote dalam kebudayaan Sepanyol, 3 Stooges dalam budaya Amerika Syarikat, Mr Bean dalam budaya British.
Terdapat kemungkinan bahawa genera cerita sebegini merupakan satu cara manusia melepaskan ketegangan dalam kehidupan seharian, atau sebagai cara membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya mereka melakukan apa yang tersemat di dalam hati mereka. Atau satu lagi kemungkinan, ia merupakan sindiran bahawa seseorang itu tidak boleh terlalu jujur / lurus bendul sehinggakan dia diambil kesempatan oleh mereka yang berniat jahat. Walau apapun sebabnya, wujudnya genera cerita sedemikian dalam pelbagai kebudayaan menunjukkan terdapatnya satu persamaan dalam tarikan cerita lelucuan yang merentasi halangan pelbagai budaya.
Dalam budaya masyhur
Filem
- Pak Pandir juga muncul dalam filem Magika, sebuah filem fantasi muzikal tahun 2010 yang menghimpunkan pelbagai watak cerita rakyat Melayu, dilakonkan oleh Aznil Nawawi[3]. Mak Andeh pula dilakonkan oleh Raja Azura
Rujukan
- ^ Raja Haji Yahya, Cherita Jenaka, iaitu Pa' Kadok, Pa' Pandir, Lebai Malang, Pa' Belalang, Si-Lunchai, ed. R.O. Winstedt & A.J. Sturrock, Singapura: Malayan Publishing House, 1908.
- ^ "ANTIQBOOK". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-23. Dicapai pada 2008-08-06.
- ^ Budiey (27 November 2008). "Ziana Zain Jadi Nenek Kebayan Dalam Filem Magica". Budiey. Dicapai pada 28 Januari 2022.
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.