Page Two ialah album mini kedua (EP) oleh kumpulan wanita Korea Selatan, Twice. Album ini dikeluarkan secara digital dan fizikal pada 25 April 2016 oleh JYP Entertainment dan diedarkan oleh KT Music. Ia mengandungi tujuh buah lagu termasuk lagu utama, "Cheer Up".
Latar belakang
Pada 11 April 2016, JYP Entertainment mengumumkan menerusi akaun Facebook rasmi kumpulan ini dan SNS bahawa kumpulan ini akan mengeluarkan album mini kedua mereka, Page Two dan lagu "Cheer Up" pada 25 April.[1] Dua versi album ini, pink dan mint dikeluarkan dalam format CD. 30,000 salinan edisi terhad pertama disertakan bersama lengan baju istimewa direka oleh Chaeyoung.[2] Album ini juga dikeluarkan secara muat turun digital dalam pelbagai portal muzik.[3]
Promosi
Pada 25 April 2016, Twice mengadakan persembahan media di Dewan Langsung Yes 24 di Gwangjin, Seoul.[4] Mereka mempersembahkan lagu "Woohoo", "Touchdown", "Precious Love" dan "Cheer Up" buat kali pertama di persembahan tersebut yang disiarkan melalui aplikasi Naver V.[5] Kumpulan ini kemudiannya mempromosi album menerusi beberapa siri persembahan langsung televisyen dalam beberapa rancangan muzik. Penampilan rancangan muzik pertama mereka adalah dalam M! Countdown pada 28 April dimana mereka mempersembahkan lagu "Cheer Up" dan "Touchdown".[6] Twice memenangi anugerah program muzik pertama mereka dalam M! Countdown pada 5 Mei.[7] Mereka juga mencapai kemenangan dalam Music Bank dan Inkigayo pada minggu yang sama.[8]
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.