Paduka

Paduka bertapak tinggi[1]

Paduka (Jawi: ڤدوک serapan Sanskrit: पादुक, rumi: pāduka terbitan kata पाद pāda "kaki") ialah sepasang kasut kayu jati atau cendana bertatahkan gading pakaian masyarakat tanah India dahulu di mana mukanya bertombol yang muat pisah antara ibu jari kaki dan jejari kaki lain.[2]

Dalam kisah Rama

Gambaran Barata menghadap kakandanya Rama sambil dikurniakan pasang padukanya diperhatikan Sita (kanan) dan Laksamana (berdiri belakang) seperti yang diceritakan dalam hikayat Ramayana, lukisan bertarikh 1900

Kasut ini disebut-sebut dalam kisah Ramayana (serta Hikayat Seri Rama): alkisah Rama titisan Wisnu diusir ayahandanya Dasarata termakan hasutan gundik baharunya Kaikeyi/Baliadari yang mahukan putera kandungnya yakni adinda tiri Rama Barata/Baradan naik takhta menggantikan Dasarata saat mangkat, namun Barata/Baradan enggan menurut Kaikeyi/Baliadari lalu curi-curi berjumpa kakandanya memintanya kembali ke Ayudya kerajaan mereka. Rama tetap mahu menghabisi tempoh pembuangannya, maka Barata meminta sepasang paduka kakandanya yang diberikan sebagai lambang keberadaan untuk para pengikut Rama yang kekal di kerajaan mereka, malah Barata tetap menjulang pasang kasut yang diletakkan pada hulunya sendiri ketika bertakhta tanda menunduk kepada kuasa kakandanya.[3][4]

Paduka sendirinya gelaran sapaan bahasa dalam raja-raja Melayu yang masih dihidupkan negara-negara Malaysia (seperti panggilan سري ڤدوکSeri Paduka) dan Brunei yang beraja.[3][5][6] Di Thailand, salah satu alat kebesaran dipegang Rajanya adalah kasut Pada Wara Pertanda (ฉลองพระบาทเชิงงอน Chalong Phrabat Choeng Ngon) yang dipersalinkan mengaitkan wewenang baginda dengan Rama.[7]

Rujukan

  1. ^ "britishmuseum.org".
  2. ^ "All About Shoes". The Bata Shoe Museum. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 December 2009. Dicapai pada 9 June 2009.
  3. ^ a b Kampar (1969). Sri Paduka: the exile of the Prince of Ayodhya. Paduka. Ohio University, Center for International Studies. m/s. 3, 4. Dicapai pada 26 December 2009.
  4. ^ Muniandy, Rajantheran (1995). Hikayat Seri Rama: perbandingan versi Melayu, Sanskrit, dan Tamil. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan, Malaysia. m/s. 62–9. ISBN 983-62-4358-5.
  5. ^ Gallop, Annabel Teh (2002). Malay Seal Inscriptions: A Study in Islamic Epigraphy from Southeast Asia (dalam bahasa Inggeris). University of London. m/s. 70.
  6. ^ BAHASA DALAM. 2018. Unit Sebaran dan Penerbitan, Bahagian Pemberigaan, Jabatan Adat Istiadat Negara Brunei Darussalam.
  7. ^ "Royal Regalia: The Symbols of Kingship". Bangkok Post. 4 April 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 February 2023. Dicapai pada 28 July 2025.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.