PROTES
Gabungan Memprotes Kenaikan Harga (PROTES) merupakan sebuah kumpulan penganjur himpunan dari pelbagai pertubuhan di Malaysia. Kumpulan ini telah menganjurkan Himpunan Aman Rakyat Membantah Kenaikan Harga Barangan Dan Perkhidmatan pada 26 Januari 2008 di hadapan bangunan KLCC. Kumpulan ini turut aktif pada 2010 membantah kenaikan harga barang di Malaysia melalui siri ceramah[1].
Dilepaskan dari pendakwaan
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan 42 individu daripada pertuduhan menyertai perhimpunan PROTES pada 20 Mei 2014. Keputusan dibuat selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh di akhir kes pendakwaan. Kumpulan individu ini didakwa mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih enam bulan penjara atau denda atau kedua-duanya.Kesemua tertuduh didakwa menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang iaitu berkumpul di lima tempat berasingan berhampiran Suria KLCC antara 1.30 tengah hari dan 4.30 petang, 26 Januari 2008[2].
Mereka juga didakwa mengingkari arahan Mahkamah Majistret, pada 25 Januari 2008, yang melarang perhimpunan itu dan menyebabkan kegusaran kepada orang awam yang berkunjung ke kawasan KLCC dan kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sebulan atau denda RM400 atau kedua-duanya[2].
Berikut merupakan senarai antara individu yang dilepaskan[2]:
|
|
Lihat juga
Rujukan
- ^ Christine Chan (9 Ogos 2010). "PROTES: Pembangkang, aktivis ditahan". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-02. Dicapai pada 2 Februari 2021. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=(bantuan) - ^ a b c "Mat Sabu, Tian Chua Bebas Tuduhan Sertai Perhimpuan Haram". mStar. 20 Mei 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-02. Dicapai pada 2 Februari 2021.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.