PHP

PHP
PHP
ParadigmaBertatacara, berorientasi objek
Direka olehRasmus Lerdorf
PembangunKumpulan PHP
Lepasan stabil8.3.2 (18 Januari 2024; 2 tahun yang lalu (2024-01-18))
Disiplin penjenisanDinamik, lemah
DipengaruhiSintaks: Perl, C;
OOP: Java, C++
OSsilang pelantar
LesenLesen PHP
Laman webphp.net

PHP ialah sebuah bahasa penskripan sumber terbuka untuk kegunaan am. Ia amat sesuai untuk pembangunan web dan kodnya boleh diaturcara bersama kod HTML. Disebabkan sebahagian besar PHP menumpu kepada skrip pelayan, ia berupaya membuat lebih banyak daripada apa-apa yang boleh dibuat oleh atur cara CGI, termasuknya isi kandungan laman web yang dinamik. Asalnya, akronim PHP bermaksud "Personal Home Page". Sekarang, maksud rasmi PHP ialah akronim rekursif bagi "PHP Hypertext Preprocessor".

Sejarah

Pada asalnya, PHP adalah hanya rangkaian kecil dalam skrip Perl yang diikuti dengan pengaturcaraan semula set perduaan CGI dalam bahasa C yang ditulis oleh Rasmus Lerdorf pada akhir 1994 untuk memaparkan vitae kurikulumnya serta untuk mengutip data termasuk jumlah capaian laman webnya. Dalam tempoh dua tahun berikutnya, ia berkembang menjadi apa yang di kenali sekarang sebagai PHP/FI 2.0. PHP/FI mula mendapat ramai pengguna, tetapi ia tidaklah dilancar secara rasmi sehingga Zeev Suraski dan Andi Gutmans Diarkibkan 2005-12-11 di Wayback Machine muncul dengan penghurai baru pada musim panas 1997 untuk PHP 3.0. PHP 3.0 mentakrifkan sintaks dan semantik yang digunakan dalam versi 3 dan 4.

Bersama dengan pelayan Web Apache dan sistem pengendalian Linux, PHP adalah antara bahasa yang digunakan secara meluas di dalam perisian yang berasaskan sumber terbuka. Menurut Netcraft, PHP telahpun berjaya mengatasi penggunaan Microsoft ASP, menjadikannya bahasa pengaturcaraan Web yang paling popular dan digunakan di dalam lebih daripada 15 juta laman web pada ketika ini.

PHP telahpun membuktikan prestasinya di dalam pelbagai jenis perkhidmatan di seluruh dunia termasuklah: Facebook, Wikipedia, Hewlett-Packard, Boeing, Lufthansa, Dresdner Bank, Disney Online, Yahoo!, Lycos, Sprint, T-Mobile, Orange, Nortel Networks, Lucent, WallStreetOnline, dan Siemens.

PHP telah direka khas untuk memenuhi kehendak pembangunan aplikasi Web di mana ia dapat diperkembangkan ke satu bilangan pengguna yang amat ramai. Zend Technologies menawarkan pelbagai aplikasi khas untuk meningkatkan efisiensi PHP, ini termasuklah himpunan kemasukan yang rumit, pengecilan dan kelajuan pemprosesan data, menjadikannya mudah dikembangkan & diadaptasi dalam pelbagai kemudahan. PHP adalah stabil dan selamat, amat sesuai untuk aplikasi yang memerlukan jangka hayat konsisten dan tahap keselamatan yang tinggi.

Atur cara hello world

Berikut ialah contoh skrip hello world yang ditulis dalam PHP.

<?php echo 'Hello world!'; ?>

Skrip ini boleh dijalankan menggunakan antara muka baris perintah dan, setelah dipasang dengan betul pada perisian pelayan web, boleh juga dibuka menggunakan pelayar web. Apabila dijalankan, skrip ini menghasilkan output Hello world!

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.