Ops Tapis
Operasi Ops Tapis merupakan gerakan bersepadu polis PDRM mengekang penyalahgunaan dadah di sekitar Chow Kit dan Pudu, Kuala Lumpur, Malaysia pada 20 Jun 2009.
Chow Kit terkenal sebagai sarang penagih dadah, pelacuran, pondan , ragut dan lain-lain jenayah. Operasi ini berjaya menahan 30 lelaki termasuk seorang warga asing dan 15 wanita di hotel-hotel murah di jalan Chow Kit.Turut serta ialah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, anggota Rela, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Supt Sulaiman Salleh menyatakan operasi itu dijalankan hasil maklumat dan aduan orang ramai .
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan JSJN Ibupejabat polis Bukit Aman di sebuah pusat hiburan di Jalan Pudu Lama di sini kira-kira pukul 3.15 petang, polis memberkas 9 orang termasuk 5 wanita kerana positif dadah. Ketua Bahagian Narkotik IPKKL ACP Kang Chez Chiang berkata polis memeriksa 76 orang termasuk 24 wanita yang berumur antara 18 dan 50 tahun dalam serbuan itu, dan ujian air kencing mendapati sembilan daripada mereka adalah positif dadah.
Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Polis merampas satu tiub dadah Ketamin seberat 0.2 gram serta dua plastik lutsinar dadah Ketamin yang beratnya masing-masing 0.7 gram dan 1.1 gram, daripada dua lelaki, dan menurutnya suspek akan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Polis turut merampas alat menghisap dadah Meth dan piring mengandungi sedikit Ketamin bersama beberapa straw di sebuah bilik pusat hiburan itu.[1]
Rujukan
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.