Okapi

Okapi
Di Hidupan Liar Marwell, England
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Okapia

Lankester, 1901
Spesies:
O. johnstoni
Nama binomial
Okapia johnstoni
(P.L. Sclater, 1901)
Kawasan taburan

Okapi (Okapia johnstoni) ialah mamalia dari Hutan Hujan Ituri di Afrika Tengah. Walaupun kulit berbelang okapi menyerupai kulit kuda belang, okapi memiliki hubungan lebih dekat dengan zirafah. Sifat fizikalnya yang menyerupai kuda belang dan zirafah mencetuskan anggapan wujudnya kacukan antara keduanya.

Haiwan yang berasal dari Hutan Hujan Ituri di timur laut Republik Demokratik Congo ini mula dikenal pasti pada tahun 1901.

Etimologi dan sejarah

Gambaran terawal okapi boleh ditarikhkan kembali hingga abad kelima SM melalui sebuah ukiran di Apadana, Persepolis yang dipercayai seekor okapi yang dijadikan sebagai hadiah daripada pihak Habsyah kepada wangsa Parsi Achaemenid.[2]

Okapi dilaporkan secara rasmi buat pertama kali oleh ahli zoologi Inggeris, Philip Lutley Sclater pada 1901 sebagai Equus johstoni. Laporan tersebut menyatakan bahawa penduduk asal habitat itu memanggilnya sebagai o',api manakala satu lagi nama, okapi dilaporkan oleh penduduk Bambuba di situ.[3]

Taburan

Okapi bersifat endemik di Republik Demokratik Congo di bahagian utara dan timur Sungai Kongo serta populasi kecil di kawasan barat dan selatan sungai. Okapi sudah pupus di Uganda.

Pemuliharaan

Okapi mendapat taraf sebagai haiwan terancam oleh IUCN.[4] Binatang ini mendapat perlindungan penuh dalam perundangan Congo, dan terdapat beberapa pusat pemuliharaan seperti Rizab Hidupan Liar Okapi dan Taman Negara Maliko yang menjaga populasi okapi yang besar.

Sebuah program yang dipanggil sebagai Projek Pemuliharaan Okapi telah dilancarkan pada 1987 sebagai usaha untuk memulihara populasi okapi serta pertambahan penduduk asli Mbuti.

Rujukan

  1. ^ Mallon, D., Kümpel, N., Quinn, A., Shurter, S., Lukas, J., Hart, J. A., Mapilanga, J., Beyers, R. & Maisels, F. (2015). "Okapia johnstoni". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. IUCN. 2015: e.T15188A51140517. doi:10.2305/IUCN.UK.2015-4.RLTS.T15188A51140517.en.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  2. ^ "The Apadana". The Oriental Institute, The University of Chicago (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Mac 2020.
  3. ^ Sclater, Philip Lutley (1901). "On an Apparently New Species of Zebra from the Semliki Forest". Proceedings of the Zoological Society of London. v.1: 50–52 – melalui Biodiversity Heritage Library.
  4. ^ Hebert, Amanda (26 November 2013). "Okapi Added to IUCN'S Endangered Species List" (dalam bahasa Inggeris). Jacksonville, Florida: Okapi Conservation Project. Dicapai pada 3 Jun 2014. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.