Nivea

NIVEA
Jenis produkPenjagaan kulit dan tubuh
PemilikBeiersdorf AG
Negara asalJerman
Diperkenalkan1911; 115 tahun yang lalu (1911)
PasaranSeluruh dunia
Laman sesawangnivea.com

NIVEA (disebut [niˈveːaː][1]) ialah jenama penjagaan peribadi Jerman yang mengkhususkan dalam penjagaan tubuh. Ia dimiliki oleh syarikat yang berpangkalan di Hamburg, Beiersdorf Global AG. Syarikat ini diasaskan pada 28 Mac 1882, oleh Paul Carl Beiersdorf. Pada tahun 1890, ia dijual kepada Oscar Troplowitz. Troplowitz bekerja dengan perundingnya Paul Gerson Unna dan ahli kimia Jerman Isaac Lifschütz, membangunkan krim penjagaan kulit yang baru. Pada tahun 1900, Lifschütz menghasilkan emulsi air dalam minyak dengan Eucerit, emulsi stabil pertama. Inilah asal usul Eucerin. Nivea berasal dari perkataan Latin niveus, yang bermaksud "salji putih".[2]

Semasa tahun 1930-an, Beiersdorf mula menghasilkan pelbagai jenis produk seperti minyak penyamakan, krim pencukur, syampu dan pembersih muka dan toner. Tanda dagangan "NIVEA" telah dirampas di banyak negara kerana Perang Dunia II. Hak tanda dagangan yang disita telah dibeli sepenuhnya oleh Beiersdorf. Semasa tahun 1980-an, jenama NIVEA berkembang menjadi pasaran global yang lebih luas. Krim dalam tin biru yang dikenali ramai sebagai NIVEA Crème, pertama dicipta dan dipasarkan pada tahun 1911.


Rujukan

  1. ^ Krech, Eva-Maria; Stock, Eberhard; Hirshfeld, Ursula; Anders, Lutz Christian (2010). "NIVEA". Deutsches Aussprachewörterbuch. Berlin, New York: De Gruyter. ISBN 978-3-11-018202-6. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-05. Dicapai pada 2011-06-16.
  2. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-20. Dicapai pada 2011-04-16. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.