Nian

Tarian singa China Selatan menyerupai raksasa Nian

Dalam mitos Cina, raksasa Nian (Cina Tradisional: 年獸, Cina Ringkas: 年兽, pinyin: nián shòu) ialah seekor makhluk yang muncul pada musim bunga. Perkataan bahasa Cina bagi tahun berdasarkan ketibaan makhluk ini. Satu ungkapan untuk menyambut Tahun Baru Cina, guo nian (Cina Tradisional: 過年, Cina Ringkas: 过年, pinyin: guò nián) bererti perempuhan raksasa Nian. Adalah dipercayai bahawa raksasa Nian tinggal di dasar laut dan tiba di daratan untuk menyerang manusia pada masa yang sama setiap tahun. Tradisi Cina berhias serba merah, membakar mercun, dan tarian singa yang diiringi gendang dan gong kuat bertujuan mengusir makhluk ini.

Raksasa Nian

Raksasa Nian selalu tiba di China lalu memakan sesiapa yang dijumpainya, namun dalam sesetengah kisah, seorang dewa dikatakan memperguna kuasa-kuasa raksasa Nian (memakan ular berbisa dan membunuh haiwan buas seperti harimau dan singa) sebelum menjinakkan raksasa itu (dengan menunjukkan pakaian merahnya untuk menakutkan raksasa Nian yang takut akan warna merah). Semenjak itu, orang ramai memasang kuplet merah untuk menghindari kembalinya raksasa Nian.

Ketika Tahun Baru Cina, terdapat dua jenis tarian singa. Singa utara Rui Shi (Cina Tradisional: 瑞獅, Cina Ringkas: 瑞狮, pinyin: ruì shī) berambut panjang, bertelinga terkulai dan berkepala bulat tanpa tanduk. Namanya diterjemah sebagai singa, tetapi semestinya bukan sejenis dengan singa di Afrika. Singa utara ini berasaskan rupa singa penjaga agung. Singa selatan pula, terutamanya yang Kantonis, bertanduk satu pada dahinya. Singa Kantonis ini berasaskan rupa Nian, tetapi tidak sama dengan singa utara. Sesetengah legenda menceritakan bahawa tarian singa Kantonis ialah lakonan semula kisah Bu Dai menjinakkan raksasa Nian.

See also

  • Singa penjaga agung untuk pengggunaan imej singa sebagai patung di pintu masuk kawasan diraja. Diingatkan bahawa Nian (bertanduk) dand singa penjaga (tidak bertanduk) adalah tidak sama.
  • Pixiu, makhluk yang serupa tetapi bersayap.
  • Qilin, menggambungkan ciri-ciri ikan, singa, rusa dan lembu.
  • Luduan, sejenis makhluk bertanduk satu.
Nian gaya selatan yang bercirikan singa, unikorn dan lembu (Ming)

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.