Nengō

Nengō (年号/ねんごう, "nama tahun") atau gengō (元号/げんごう) merujuk kepada penandaan zaman pemerintahan seseorang Maharaja Jepun. Kaedah ini turut digunakan negara-negara dalam Alam Cina seperti China, Korea dan Vietnam ketika raja-raja masih memerintah negara-negara tersebut; namun Jepun masih menggunakan kaedah penandaan zaman sebegini sehingga hari ini dalam pentarikhan urusan rasmi kerajaan.
Zaman terkini menurut pentarikhan nengō ini dikenali sebagai "Reiwa" (令和) yang bermula sehari sejak penurunan takhta Maharaja Akihito pada 30 April 2019 menamatkan zaman Heisei yang sebelumnya.
Latar belakang
Maharaja Kōtoku memulakan kaedah pentarikhan ini seperti yang diguna pakai di China pada 645 tahun Masihi. Zaman yang pertama dalam penandaan ini dinamakan zaman Taika (大化) sempena tindakan pembaharuan politik yang meluas hasil penggubalan undang-undang oleh baginda.
Tidak lama selepas pertabalan Putera Mustsuhito sebagai Maharaja Jepun pada 1867, suatu sistem "satu nama untuk satu zaman" (一世一元, issei-ichigen) diguna pakai di mana nama zaman akan berubah sebaik sahaja seorang maharaja baharu menaiki takhtanya.
Lihat juga
Pautan luar
- Alat penukaran nengō Diarkibkan 2016-08-13 di Wayback Machine
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.