Nanometer
| Unit SI | |
|---|---|
| 1×10−9 m | 1×10−3 μm |
| Unit AS / Unit imperial | |
| 3.2808×10−9 kaki | 39.370×10−9 in |
Nanometer (simbol: nm) ialah unit ukuran panjang dalam sistem metrik yang bersamaan dengan satu per satu bilion daripada semeter. Namanya diterbitkan daripada campuran imbuhan awalan SI nano- (daripada Yunani Purba νάνος, nanos, "kerdil") dengan nama unit induk meter (daripada Yunani μέτρον, metron, "unit ukuran"). Ia boleh ditulis sebagai 1 × 10-9 m dalam tatatanda saintifik, 1 E-9 m dalam tatatanda kejuruteraan, atau secara ringkasnya 1 m / 1,000,000,000.
Kegunaan
Nanometer biasanya digunakan untuk menyatakan dimensi pada skala atom: diameter atom helium, misalnya, ialah kira-kira 0.1 nm, dan diameter ribosom ialah kira-kira 20 nm. Nanometer juga biasanya digunakan untuk menyatakan panjang gelombang sinaran elektromagnet berdekatan dengan bahagian boleh nampak spektrum: cahaya tampak mempunyai panjang gelombang di antara 400 hingga 800 nm. Unit angstrom, yang bersamaan dengan 0.1 nanometer, pernah digunakan untuk tujuan-tujuan ini.
Sejarah
Nanometer pernah dikenali dengan nama milimikrometer – atau, lebih lazim lagi, milimikron untuk kependekan – kerana ia adalah 1/1000 daripada satu mikron (mikrometer), dan biasanya dinyatakan dengan simbol mµ atau (lebih jarang lagi) µµ.[1][2][3] Pada tahun 1960, Biro Piawaian Kebangsaan telah menggunakan imbuhan awalan "nano-" bagi "satu per sebilion".[4] Nanometer biasanya dikaitkan dengan bidang nanoteknologi. Sejak akhir 80-an, ia juga telah digunakan untuk menerangkan generasi-generasi teknologi pengeluaran dalam industri semikonduktor.
Rujukan
- ^ Svedberg, The; Nichols, J. Burton (1923). "Determination of the size and distribution of size of particle by centrifugal methods". Journal of the American Chemical Society. 45 (12): 2910–2917. doi:10.1021/ja01665a016.
- ^ Sweden, The; Rinde, Herman (1924). "The ulta-centrifuge, a new instrument for the determination of size and distribution of size of particle in amicroscopic colloids". Journal of the American Chemical Society. 46 (12): 2677–2693. doi:10.1021/ja01677a011.
- ^ Terzaghi, Karl (1925). Erdbaumechanik auf bodenphysikalischer Grundelage. Vienna: Franz Deuticke. m/s. 32.
- ^ Asimov, Isaac (1960), Realm of Measure, Fawcett Premier, pg 42.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.