Mortimer Lewis

Mortimer William Lewis (1796 – 9 March 1879) ialah seorang arkitek, juruukur dan kakitangan awam berkelahiran Inggeris yang berhijrah ke Australia dan menjadi Arkitek Kolonial di negeri New South Wales dari 1835 hingga 1849. Lewis bertanggungjawab untuk mereka bentuk dan menyelia banyak bangunan kerajaan di Sydney dan luar bandar New South Wales, yang kebanyakannya disenaraikan sebagai warisan.
Kehidupan awal
Lewis dilahirkan di Middlesex, London pada tahun 1796, kepada Thomas Arundel Lewis dan Caroline Lewis (nee Derby). Pada usia sembilan belas, beliau mula bekerja sebagai juruukur dan pelukis pelan di pejabat Inspektor Jeneral Perkubuan London. Pada tahun 1819, beliau berkahwin dengan Elizabeth Clements, yang melahirkan tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan. Seorang lagi anak dilahirkan kemudian di Sydney, Australia. Lewis tinggal di Eyre Estate di 11 South Bank, berhampiran St Johns Wood. Selepas lapan tahun dalam sektor swasta, Lewis menerima pelantikan sebagai pembantu juruukur di pejabat Juruukur Agung New South Wales. Beliau berlayar bersama keluarganya pada tahun 1829 dan tiba di Sydney Mac 1830.[1]
Kerjaya di Australia
Lewis tiba di Sydney melalui Hobart pada 1 April 1830 sebagai peneroka bebas atas kapal banduan Dunvegan Castle, yang meninggalkan Britain pada 28 September 1829.[2]
Dari 1830 Lewis bekerja di pejabat juruukur agung New South Wales di bawah Sir Thomas Mitchell, dan pada masa ini memetakan Banjaran Pemisah Besar, 130 kilometer barat Sydney. Lewis telah dilantik menjadi Juruukur Bandar; pada tahun 1835 beliau telah dinaikkan pangkat lagi ke jawatan Arkitek Kolonial yang disandangnya selama 14 tahun sepanjang tempoh peluasan besar.[3]
Galeri
-
Stesyen Isyarat, Vaucluse
-
Bekas Darlinghurst Gaol
-
Tarban Creek Lunatic Asylum (Gladesville Mental Hospital)
-
Bangunan Mahkamah, Hartley
-
Rumah Bronte, Bronte
-
Moleseum Wentworth, Vaucluse
-
Stesen Polis, Ryde
-
Bangunan Mahkamah Darlinghurst
-
National Trust, Sydney
Rujukan
- ^ Templat:Australian Dictionary of Biography
- ^ [1], additional text.
- ^ Templat:Oxford Art Online
- Lewis, Mortimer (William), Tibbits, George, Oxford Art Online, www.oxfordartonline.com, Retrieved 9 April 2011
- Statement of Significance, Heritage branch database, Schofield, http://www.heritage.nsw.gov.au/07_subnav_04_1.cfm Diarkibkan 2009-05-16 di Wayback Machine, Retrieved 9 April 2011
- Statement of Significance, Heritage branch database, Broadbent, James, http://www.heritage.nsw.gov.au/07_subnav_04_1.cfm Diarkibkan 2009-05-16 di Wayback Machine, Retrieved 9 April 2011
- Sydney Architecture, Paul McGillick 2005, p. 36-p. 37
- The Early Australian Architects and Their Work, Herman, Morton, 1973, Angus and Robertson Publishers, p. 190-206
Pautan luar
- http://www.brontehouse.com/history/history_land.html Official Bronte house website
- http://www.heritage.nsw.gov.au/index.html Diarkibkan 2012-08-06 di Wayback Machine Heritage Branch Database
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.