Montmorilonit

Montmorilonit

Sampel montmorilonit (skala tidak diketahui)
Maklumat am
KategoriFilosilikat
Kelompok smektit
Formula kimia(Na,Ca)0.33(Al,Mg)2(Si4O10)(OH)2·nH2O
Pengecaman
WarnaPutih, merah jambu pucat, biru, kuning, merah, hijau
Tabii hablurjisim padat bagi agregat mikrohablur lamela atau globul
Sistem hablurMonoklinik
Pembelahan{001} sempurna
FrakturTidak sekata
Kekerasan skala Mohs1–2
KilauPudar, ketanahan
Indeks biasannα = 1.485–1.535 nβ = 1.504–1.550 nγ = 1.505–1.550
Sifat-sifat optikDwipaksi (-)
Dwibiasanδ = 0.020
Graviti tentu1.7-2
Diafaneiti Lut cahaya

Montmorilonit ialah suatu kelompok filosilikat sangat lembut bagi mineral yang biasanya terbentuk di dalam hablur mikroskopik, membentuk suatu lempung. Ini dinamai sempena Montmorillon di Perancis. Montmorilonit, suatu anggota kelompok smektit, ialah suatu lempung 2:1, bererti bahawa ini mempunyai 2 helai tetrahedral mengapit satu helai oktahedral memusat. Zarah-zarah berbentuk plat dengan purata garis pusat kira-kira satu mikrometer. Anggota kelompok ini ialah saponit.

Montmorilonit ialah suatu subkelas smektit, suatu mineral filosilikat 2:1 dengan ciri memiliki lebih daripada 50% cas oktahedral; keupayaan pertukaran kationnya adalah kerana penggantian isomorf bagi Mg untuk Al pada satah gibsit. Berlawanan, beidelit ialah smektit dengan lebih daripada 50% cas tetrahedral yang berasal daripada penggantian isomorf bagi Al untuk Si pada satah kuarza.

Kandungan air bagi montmorilonit berubah-ubah dan isipadunya meningkat dengan tinggi apabila menyerap air. Secara kimia, montmorilonit merupakan natrium kalsium aluminium magneisum silikat hidroksida terhidrat (Na,Ca)0.33(Al,Mg)2(Si4O10)(OH)2·nH2O. Kalium, ferum, dan kation lain ialah pengganti kerap, nisbah tepat bagi kation berubah-ubah dengan sumber. Ini kerap bersaling campur dengan klorit, muskovit, ilit, cookeite, dan kaolinit.

Lihat juga

Rujukan

Templat:Filosilikat Templat:Mineral lempung

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.