Mohamed Mahbob

Allahyarham Dato' Mohamed bin Mahbob DK SPMJ CMG (1852 – 16 Mei 1923) merupakan Menteri Besar Johor kedua (16 Julai 1920 – 1 September 1922) selepas Dato' Jaafar bin Haji Muhammad (1886 – Julai 1919). Beliau menyandang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1906–1914) sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar pada tahun 1917 hingga 1919. Beliau menjadi Timbalan Menteri Besar Johor selepas Dato' Bentara Dalam Muhammad Ibrahim Munsyi meninggal dunia.
Dato' Mohamed mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris di Telok Belanga Singapura.[perlu rujukan] Pada tahun 1872 beliau mula berkhidmat di pejabat Residen Negeri Negeri Selat. Pada tahun 1880 Almarhum Sultan Abu Bakar memanggil beliau pulang ke Johor Bahru dan berkhidmat sebagai guru. Pada April 1883 Dato' Mohamed bersama Dato' Bentara Luar Muhamad Salleh bin Perang dan Mr W Hole telah mengiringi Almarhum Sultan Abu Bakar melawat Jepun dan China. Beliau banyak memberi sumbangan dalam sistem pendidikan di Johor.[perlu rujukan] Di sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dengan Jabatan Pelajaran, sebanyak 89 buah sekolah Melayu, empat buah sekolah Inggeris, 22 buah sekolah Cina dan dua buah sekolah Tamil telah didirikan. Apabila enakmen pelajaran diluluskan pada tahun 1902, Dato' Mohamed dan Mohd Khalid telah bertindak menguatkuasakan undang-undang tersebut. Dalam enakmen itu, ibubapa atau penjaga diwajibkan menghantar anak mereka yang berumur 7-16 tahun ke sekolah. Sesiapa yang tidak berbuat begitu akan didenda sebanyak RM25.00 atau penjara selama tiga bulan.[perlu rujukan]
Ekonomi Johor
Terdapat beberapa pengusaha dari Jepun. Antaranya ialah Retsunosuke Kawashima telah dibenarkan membuka tanah 1000 ekar untuk penanaman padi dan pertanian komersial di Chohong, Muar. Dato' Mohamed selaku Setiausaha kerajaan Johor mengalu-alukan pelabur dari Jepun untuk mengusahakan sawah padi.[1]
Sultan Johor juga memperkenankan permohonan tanah daripada Syarikat Consolidated Sango Koshi Limited di Jalan Batu Pahat dan kawasan hutan di daerah Kukup, bertentangan dengan Estet Namazie.Getah di kawasan itu akan menggantikan nanas. Syarikat itu membina sebuah jeti dibina di Pengerang / Tanjung Pengelih bagi memudahkan jalan laut ke Singapura.Lokasinya kini di Tanjung Belungkor berhadapan dengan Pulau Tekong Besar.[2]
Keluarga Dato' Mohamed bin Dato' Mahbob
Dato' Mohamed dilahirkan pada 1852 (Ahad 9 Safar 1269) di Telok Belanga Singapura. Beliau meninggal dunia pada 16 Mei 1923 di Johor Bahru dan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah dengan penuh adat istiadat dengan diiringi 4 payung berwarna kuning dan 4 payung berwarna putih.
Rujukan
- ^ State Commissioner, Muar, 20 April 1895. Fail General Advisor, No. 692/1932
- ^ Penglibatan Orang Jepun dan Ekonomi Johor
| Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Johor 1920 – 1922 |
Penyandang Kemudian |
| Jaafar Haji Muhammad | Abdullah Jaafar |
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
