Modulus pukal

Modulus pukal (atau ketaktermampatan) K bagi bendalir atau pepejal ialah songsang bagi kebolehmampatan:

iaitu P adalah tekanan dan V adalah isipadu.

Maka modulus pukal sebenarnya mengukur gerak balas terhadap tekanan yang disebabkan oleh perubahan isipadu bandingan, dan pada dasarnya mengukur rintangan bahan terhadap mampatan seragam. Modulus-modulus lain yang menerangkan tentang gerak balas bahan (keterikan) terhadap bermacam jenis tegasan termasuklah: modulus ricih yang menerangkan tentang gerak balas terhadap ricih, dan modulus Young yang menerangkan tentang gerak balas terhadap keterikan linear. Bagi bendalir, hanya modulus pukal mempunyai makna khusus. Bagi suatu pepejal tak isotropi seperti kayu dan kertas, ketiga-tiga modulus ini tidak mengandungi maklumat yang mencukupi untuk menerangkan sifatnya, maka hukum Hooke am yang menyeluruh haruslah digunakan.

Secara tegasnya, modulus pukal adalah kuantiti termodinamik, dan adalah penting untuk menetapkan perubahan suhu sekiranya modulus pukal ingin ditentukan: suhu malar (), entalpi malar (adiabatik ), dan perubahan-perubahan lain yang berkemungkinan. Pada praktiknya, perbezaan-perbezaan ini biasanya hanya berkaitan dengan gas-gas.

Songsangan modulus pukal adalah kebolehmampatan bahan.

Untuk gas, modulus pukal adiabatik diberikan penghampiran sebagai

iaitu

κ adalah indeks adiabatik, kadang kala dipanggil γ.
P ialah tekanan.

Modulus pukal adiabatik menentukan kelajuan bunyi (bagi gelombang tekanan) dalam bahan. Pepejal boleh mengekalkan gelombang melintang; maka untuk kes ini modulus ricih adalah faktor penentu utama.

Contoh-contoh

  • Air: 2.2×109 Pa
  • Udara: 1.42×105 Pa
  • Keluli: 1.6×1011 Pa
  • Helium pejal (penghampiran): 5×107 Pa

Rujukan

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.