Miso
| Miso | |
|---|---|
Miso | |
| Nama alternatif | Pes soya |
| Jenis | Pes kacang ditapai, makanan berasaskan soya, bumbu |
| Tempat asal | Jepun |
| Bahan utama | Kacang soya yang ditapai bersama garam dan koji (Aspergillus oryzae) |
| Bahan yang biasa digunakan | Aspergillus flavus var. oryzae, garam, kacang soya, Kacang soya |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Miso (みそ ,味噌) ialah perasa Jepun tradisional yang dihasilkan melalui proses fermentasi kacang soya dengan garam dan koji (kulat Aspergillus oryzae) dan kadangkalanya beras, barli, atau bahan-bahan lain. Hasil pesnya yang pekat digunakan untuk membuat sos, acar sayuran atau daging, atau dicampurkan bersama sup dashi untuk dijadikan sup miso atau misoshiru (味噌汁). Miso yang mengandungi protein tinggi serta kaya dengan vitamin dan mineral ini memainkan peranan penting dalam pemakanan masyarakat Jepun feudal. Miso masih banyak digunakan dalam masakan tradisional dan moden Jepun dan ia telah mendapat perhatian dari seluruh dunia.[perlu rujukan]
Bahan-bahan
Bahan-bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan miso mungkin termasuk apa-apa campuran kacang soya, barli, beras, gandum kuda, sekoi, rai dan gandum antara lainnya. Sejak akhir-akhir ini, pengeluar di negara-negara lain juga telah mula menjual miso yang dibuat dari kacang kuda, jagung, kacang merah, bayam serta kuinoa.
Masa penapaian berbeza-beza dari tempoh yang singkat selama lima hari hingga ke beberapa tahun. Miso Jepun agak sukar untuk diklasifikasikans ecara tepat, tetapi ia biasanya dilakukan mengikut jenis bijian mentah yang digunakan, warna, rasa, serta persekitarannya.
Penyimpanan dan penyediaan
Miso biasanya datang dalam bentuk pes yang perlu disimpan dalam bekas yang tertutup dan didinginkan selepas pembukaannya. Miso asli bersifat "hidup" kerana ia mengandungi banyak mikroorganisme bermanfaat seperti Tetragenococcus halophilus yang boleh mati sekiranya miso dimasak secara melampau. Disebabkan perkara sedemikian, miso perlu ditambah ke dalam sup atau makanan lain tidak lama sebelum dikeluarkan dari api. Memakan miso dengan begitu sahaja tanpa sebarang makanan lain juga dianggap lebih baik.[1] Di luar Jepun pula, sudah menjadi amalan biasa untuk menambah miso ke dalam makanan yang telah disejukkan untuk memelihara kultur kōjikin di dalam miso. Namun, miso dan makanan soya memainkan peranan besar dalam pemakanan orang Jepun, dan banyak resipi yang dimasak bersamanya menjadi kegemaran ramai.
Penggunaan
Miso merupakan sebahagian daripada kebanyakan hidangan Jepun penting di mana ia sering kali muncul sebagai bahan utama sup miso yang menjadi makanan penduduk Jepun setiap hari. Nasi dan sup miso dianggap juga sebagai perkara yang asas dalam masakan Jepun, terutamanya sebagai sebuah hidangan sarapan yang tradisional.
Miso digunakan dalam banyak jenis sup lain makanan berkuah yang lain termasuklah beberapa jenis ramen, udon, nabe, dan imoni. Umumnya, apa-apa hidangan yang mempunyai perkataan miso di awal nama sesuatu masakan (miso-udon misalnya) akan ada perasa ini, dan masakan sebegini cenderung mempunyai rasa dan aroma yang lebih berat berbandingkan dengan sup dan masakan Jepun yang "kosong", yakni tiada miso.
Lihat juga
Rujukan
- ^ Shurtleff, William; Aoyagi, Akiko (2001). The book of miso: savory, high-protein seasoning. Soyinfo Center. m/s. 48. ISBN 1-58008-336-6.
Pautan luar
- Miso Online - daripada Lembaga Promosi Miso Jepun
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
