Misi
| Jenis/bentuk sah | Produk |
|---|---|
| Industri | Pemesanan makanan dalam talian |
| Ditubuhkan | September 2021 |
| Pengasas | Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi |
| Ibu pejabat | Malaysia |
| Kawasan perkhidmatan | Malaysia |
| Perkhidmatan | Penghantaran makanan |
| Syarikat induk | Bangsa Bertauhid |
| Tapak web | misirakyat |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Misi ialah sebuah pelantar perkhidmatan penghantaran dan pemesanan makanan dalam talian berkonsepkan sosial[1] yang beroperasi di Malaysia sejak akhir 2021.[2] Makanan yang dipesan dihantar oleh penghantar menggunakan motorsikal atau kereta. Ia dimiliki oleh syarikat Bangsa Bertauhid Sdn Bhd.[3]
Sejarah
Bangsa Bertauhid Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi telah mengendalikan sebuah pelantar meraih dana awam, Misi Rakyat ketika kemuncak penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Kemudian, Misi Rakyat turut memulakan aplikasi penghantaran makanan pada akhir 2021.[3]
Penubuhan aplikasi ini adalah bagi membantu para penghantar yang selama ini berdepan dengan masalah kadar upah rendah ditetapkan syarikat induk. Pemilik aplikasi ini tidak mengambil untung, bagi membolehkan pihak peniaga boleh mengekalkan harga dan keuntungan makanan mereka, sementara pihak penghantar dapat menikmati keuntungan sepenuhnya daripada penghantaran yang mereka lakukan.[4]
Rujukan
- ^ "Alternatif selain Grab Food - Jom baca". rilekbrother.com (dalam bahasa Inggeris). 2024-01-17. Dicapai pada 2024-03-06.
- ^ Tahir, Sudirman Mohd (2022-11-27). "'Sistem ini telus, tidak ada ruang kehilangan satu sen pun'". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-06.
- ^ a b "JPDP siasat syarikat Bangsa Bertauhid atas 'ketirisan data'". Malaysiakini. 2023-07-14. Dicapai pada 2024-03-06.
- ^ SYAZIE, KIM (2022-08-20). "Berlegar di media sosial kelibat syarikat penghantar makanan yang baru, rider dah mula tinggalkan Grab ke?". Malaysia Dateline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-06.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
