Minggu
Minggu (Jawi: ميڠݢو) atau pekan (Jawi: ڤكن) adalah sebuah unit masa yang lebih lama dari hari dan lebih pendek dari bulan. Dalam kebanyakan takwim moden, satu minggu terdiri dari tujuh hari maka menjadi unit masa terpanjang digunakan yang mempunyai suatu tempoh hari yang tetap. Walaupun penetapan ini tidak didasarkan suatu cerapan astronomi, ia digunakan secara meluas terutamanya dalam konteks sosial dan komersil.
Peristilahan
Perkataan ini diambil dari Portugis: Domingo[1] turunan bahasa Latin dies Dominicus bererti "hari Tuhan kita"; dalam bahasa Melayu yang lebih awal, kata ini dieja sebagai Dominggu[2] sehingga sekitar akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Istilah "pekan" (disebut [pĕ.kan]) lebih digunakan dalam dialek-dialek setempat Indonesia (seperti di Riau)[3] termasuk bahasa baku negara itu[4] sedangkan perkataan "Minggu" digunakan untuk menamakan hari selepas Sabtu dinamakan Ahad di negara-negara serantau lain;[5] "hari Minggu" juga kata seerti nama ini.[6] Kata pekan sebagai pengungkapan tempoh tujuh hari turut didapati dengan bahasa-bahasa serumpun seperti bahasa Minangkabau (pakan).[7]
Kata jumaat juga pernah digunakan untuk mengaitkan dengan tempoh ini (yakni "satu minggu" = sejumaat).[8]
Penentuan hari pertama dalam seminggu
Sabtu dan Ahad biasanya dipanggil hari minggu, dan merupakan hari cuti dan rehat di kebanyakan negara barat. Di kebanyakan negara Islam dan Yahudi pula, hari minggu ialah hari Jumaat dan Sabtu.
Ketiga-tiga agama samawi menganggap hari Ahad sebagai hari pertama dalam sesebuah minggu. Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa pula menggunakan hari Isnin dalam penetapan sukatan masa mereka.
Rujukan
- ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1936). Domingo. Portuguese Vocables in Asiatic Languages. Diterjemahkan oleh Xavier Soares, Anthony (ed. bahasa Inggeris). Baroda: Oriental Institute. m/s. 136.
- ^ (Belanda) Philippus Pieter Roorda van Eysinga, Beknopte Maleische spraakkunst en chrestomathie met Italiaansch en Arabisch karakter: benevens een volledig hoog en laag Maleisch en Nederduitsch woordenboek met Italiaansch karakter, Broese & comp., 1839
- ^ "pekan". Kamus Melayu Riau-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 294.
- ^ Lihat:
- "pekan". Kamus Dewan (ed. keempat). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- "pekan". Kamus Besar Bahasa Indonesia (ed. ketiga). Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. 2016.
- ^ "'Minggu'". Kamus Besar Bahasa Indonesia Daring. Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan Indonesia. Dicapai pada 29 April 2020.
- ^ hari Minggu. Kamus Dewan (ed. keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017. Dicapai pada 29 April 2020 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
- ^ "pakan". Kamus Minangkabau-Indonesia. Balai Bahasa Sumatera Utara Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa Republik Indonesia. 2018. m/s. 209.
- ^ Lihat:
- "jumaat". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
2. minggu, pekan; dua ~ dua minggu...
- Swettenham, Frank Athelstane (1910). "week". Vocabulary of the English and Malay languages. Shanghai & Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 160 – melalui Internet Archive.
- Wilkinson, Richard James (1901). "juma'at". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 231.
Sa-juma'at : a week...
- "jumaat". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.