Mimpi

Gambaran kejadian mimpi daripada The Romance of History (1833) karya Henry Neele.

Mimpi ialah suatu pengalaman bawah sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, pemikiran, perasaan, atau deria lain ketika tidur,[1] terutama saat tidur yang disertai gerakan mata yang cepat.

Kejadian dalam mimpi biasanya mustahil terjadi di dalam dunia nyata, dan di luar kuasa pemimpi. Namun begitu, ada kekecualian, iaitu dalam mimpi jelas. Dalam mimpi demikian, pemimpi menyedari bahwa dia sedang bermimpi pada masa itu, dan kadang-kadang mampu mengubah persekitaran dalam mimpinya serta mengawal aspek-aspek dalam mimpi tersebut.

Pemimpi juga dapat merasakan emosi ketika bermimpi seperti emosi takut dalam mimpi buruk. Bidang sains yang mengkaji mimpi disebut sebagai oneirologi.[2]

Mimpi terjadi pada tahap kecepatan pergerakan mata ketika tidur apabila aktiviti otak adalah tinggi dan seolah-olah dalam keadaan terbangun. Tempoh seseorang bermimpi adalah pelbagai, dengan ada yang sependek beberapa saat hingga sekitar 20-30 minit. Pendapat mengenai makna mimpi adalah bergantung kepada waktu dan budaya. Kebanyakan pengikut teori mimpi oleh Sigmund Freud setuju dengan makna penglihatan dalam mimpi sebagai penampakan daripada hasrat dan emosi yang tersembunyi. Beberapa teori lain menunjukkan bahawa mimpi merupakan suatu tahap pembentukan ingatan, penyelesaian masalah, atau sekadar hasil daripada aktiviti otak.

Tafsiran

Tafsiran mimpi adalah bergantung kepada idea dan pengalaman subjektif. Satu kajian mendapati bahawa kebanyakan orang percaya bahawa mimpi mereka "membawa kepada kebenaran tersembunyi yang bermakna".[3] Selain itu, satu lagi kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, Korea Selatan dan India mendapati bahawa 74% orang India, 65% orang Korea Selatan dan 56% orang Amerika percaya bahawa kandungan impian mereka memberi pemahaman yang bermakna tentang kepercayaan dan keinginan yang mereka tidak sedari.[4]

Rujukan

  1. ^ "Dream". The American Heritage Dictionary of the English Language, Fourth Edition. 2000. Dicapai pada 7 Mei 2009.
  2. ^ Kavanau, J.L. (2000). "Sleep, memory maintenance, and mental disorders". Journal of Neuropsychiatry and Clinical Neurosciences. 12 (2).
  3. ^ Morewedge, Carey K.; Norton, Michael I. (2009). "When dreaming is believing: The (motivated) interpretation of dreams" (PDF). Journal of Personality and Social Psychology. 96 (2): 249–264. doi:10.1037/a0013264. PMID 19159131. S2CID 5706448. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-11-14. Dicapai pada 2021-02-01.
  4. ^ Journal of Personality and Social Psychology, 2009. Vol 96, No 2, 249–264

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.