Menara

Menara Eiffel di Paris, Perancis.

Menara (Jawi: منارا) ialah sebuah struktur buatan manusia yang dibina dengan ketinggian yang melebihi kelebarannya untuk menjadi sebuah mercu tanda, berbeza dari bangunan biasa. Justeru, ia dibina dengan indah dan cantik. Tetapi matlamat utama pembinaan menara adalah untuk menjimatkan ruang dan tanah. Kalau dulu menara dijadikan kemegahan dan mercu tanda, namun menara juga dibina untuk faedah komersial dan sebagai alat prasarana yang penting pada zaman sekarang ini.

Etimologi

Perkataan menara diserap daripada perkataan مَنَارَةmanārah dalam bahasa Arab yang bermaksud "rumah api", ia terbitan kata kerja نَوَّرَnawwara atau نَارَnāra "menyalakan, menerangi".[1]

Sejarah

Berkemungkinan menara paling lama dibina dan masih berdiri tegak (dalam kes ini condong) ialah Menara Condong Pisa di Pisa, Itali yang dibina dari tahun 1173 hingga 1372.

Struktur dan reka bentuk

Menara-menara telekomunikasi dibina dengan kekisi yang mengagihkan berat sama rata, terutamanya dalam cuaca berangin kencang.[2] Ada menara telekomunikasi direka seperti sepohon pokok. Di Dubai, menara-menara telekomunikasi berbentuk pokok kurma. Ada juga menara telekomunikasi di buat seperti menara mesjid dan di letakkan di bersebelahan mesjid yang akan menggunakan menara itu juga untuk tujuan azan.

Bahan yang digunakan untuk struktur menara berbeza mengikut keadaan, tempat dan kegunaannya. Pada zaman awal teknologi pembinaannya menggunakan kayu, batu granit, batu-bata (menara api), besi (Eiffel Tower), konkrit dan apabila teknologi besi keluli maju, kebanyakan menara di bina strukturnya adalah dari bahan besi keluli. Keluli bergalvani merupakan pilihan terbaik serta ekonomi agar menara boleh dibiarkan bertahan di bawah panas terik dan hujan ribut bertahun-tahun lamanya. Sekarang terdapat menara diperbuat dari bahan komposit, iaitu campuran penggunaan bahan konkrit, aloi dan plastik.

Tujuan pembinaan menara

Antara tujuan pembinaan menara:

  • untuk menjadikannya indah dan mengagumkan (mercutanda)
  • menjimatkan tanah
  • untuk mendapatkan pemandangan
    • untuk pelancongan
    • untuk tujuan pengawasan: Menara kawalan udara, yang berada di lapangan terbang
    • untuk tujuan keselamatan: menara pengawasan di penjara.
    • untuk mengawasi kebakaran: di hutan misalnya
    • untuk lampu limpah stadium dan seumpamanya
    • untuk pengiklanan
  • untuk menyebarkan cahaya (rumah api)
  • untuk menyebarkan bunyi (loceng di menara gereja, azan di menara masjid)
  • untuk menunjukkan waktu (menara jam)
  • untuk meletak tangki air
  • untuk tujuan peralatan komunikasi (gsm, radar dll.)
  • untuk tujuan peralatan penyiaran (tv/radio/ham radio)
  • untuk tujuan penghantaran letrik Voltan Tinggi
  • untuk tujuan melepaskan bahan bakar lebihan di pelantar minyak (flare tower)

Galleri

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam, Selangor, Malaysia: Oxford Fajar. m/s. 374–375. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ John, Vinotha Jenifer; S., Nisha; M., Sobicka; O., Anandavalli (6-7 September 2024). "A Comparative Study Of Telecommunication Tower Subjected To Static Analysis With Different Member Cross Section". 2nd National Conference on Structural and Geotechnical Engineering 2024. 1333. Jamshedpur, Jharkhand, India. m/s. 1-6. doi:10.1088/1757-899X/1333/1/012001. https://iopscience.iop.org/article/10.1088/1757-899X/1333/1/012001.

Pautan

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.