Mat Spy
Filem Mat Spy terbitan Bintang Maju Film tahun 1985 ini adalah filem kedua Mat Sentol yang diterbitkan dalam format warna selepas filem Mat Tenggek. Filem ini dipasarkan dalam format vcd. Pada pengalaman peribadi penulis, filem ini dan Mat Tenggek tidak pernah ditonton di kaca tv berbanding filem-filem ' Mat ' yang lain.
Kualiti video filem ini kurang baik, format gambarnya sama seperti kualiti video program tv era itu. Begitu juga dengan kualiti audio nya yang tidak memuaskan. Tidak menggunakan standard filem seperti filem yang ditayangkan di pawagam.
| Mat Spy | |
|---|---|
| Pengarah | Mat Sentol |
| Penulis | Mat Sentol |
| Dihasilkan oleh | Mat Sentol |
| Dibintangi | Mat Sentol
Malik Redzuan |
Syarikat penerbitan | Bintang Maju Film |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Melayu, Cina |
Plot
Mat mengusahakan warung kopi, 'Pak Din Kopi Kona'. Satu hari berlaku rompakan di kedai emas Cha Eh yang berhampiran warungnya.
Pak Din Teksi, bapa kepada Murni iaitu pekerja Mat telah dijadikan tebusan oleh salah seorang perompak yang telah berjaya melarikan diri.
Penculik itu yang cuba menyembunyikan emas di kebun pisang telah dipatuk ular tedung dan mati.
Ketua perompak dan pembantunya yang cuba menceroboh ke wad dimana Pak Din yang cedera parah akibat ditembak telah memberikan petunjuk kepada Mat. Mat yang terperanjat telah lari keluar.
Mat telah pergi ke lokasi rahsia dimana emas hasil curi disembunyikan. Mat tidak mahu membawa emas itu bimbang dirinya menjadi sasaran. Mat memberitahu hal itu kepada Chong tauke emas dan rakan-rakannya tetapi mereka tidak percaya.
Mat melaporkan pada polis, Mat yang berangan angan menjadi Polis telah menyalahgunakan uniform anggota dengan menyamar sebagai Polis.
Untuk dibebaskan dari dakwaan penyamaran, Mat telah memberikan lokasi dimana emas curi itu ditempatkan di Pontian.
Tauke Chong yang mendapat semula emasnya telah menghadiahkan Pak Din sebuah proton Saga berwarna merah tetapi dia memberikan hadiah itu kepada Mat.
Pelakon
- Mat Sentol.....Mat Spy
- Malek Redzuan...Malek
- Murni Bukhari... Murni
- Paul Leong
- Muslim Awang
- Pak Su Siam
- Hussin Jantan
- Gabriel Kolandy
- Salleh Abdullah
- James Chong
- Marcella Haron
- M. S Ponnam
Produksi
Penerbit dan Pengarah - Mat Sentul
Lokasi
Berdasarkan alamat tertera pada kenderaan ambulans dan teksi pada kereta yang digunakan, lokasi filem ini ialah di Johor Bharu.
Begitu juga Balai Polis Tampoi, tempat dimana babak membuat laporan polis.
Sama juga dengan adegan di hospital Sultanah Aminah.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.