Mat Aznan Awang

Koperal
Mat Aznan Awang
SP
Kelahiran(1960-12-28)28 Disember 1960
Kedah Kampung Parit Panjang, Baling, Kedah
Meninggal dunia4 Oktober 1993(1993-10-04) (umur 32)
Somalia Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia
Kesetiaan
Perkhidmatan
Tahun perkhidmatan1986-1993
Pangkat Koperal
Unit
Arahan
PertempuranPertempuran Mogadishu (1993)
AnugerahSeri Pahlawan Gagah Perkasa (SP)

Koperal Mat Aznan Awang (28 Disember 1960 – 4 Oktober 1993) ialah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Kampung Parit Panjang, Baling, Kedah. Pada 4 Oktober 1993 Allahyarham Kpl Mat Aznan terlibat dalam misi menyelamat 70 orang Renjer AS dan lima orang anggota Tentera Udara Amerika Syarikat yang dikepung di kawasan Pasar Bakhara, Mogadishu, Somalia oleh militia Farah Aideed. Beliau telah dikurniakan pingat SP pada 4 Jun 1994.

Koperal Mat Aznan Awang telah terbabit dalam misi menyelamat 70 orang Renjer AS dan lima orang anggota Tentera Udara Amerika Syarikat yang dikepung di kawasan Pasar Bakara oleh militia Farah Aideed pada 4 Oktober 1993. Dalam operasi menyelamat tersebut, allahyarham Koperal Mat Aznan bertindak sebagai pemandu Kereta Perisai Pengangkutan Anggota (KPPA) jenis Condor.[1]

Ketika dalam perjalanan, konvoi penyelamat tersebut telah diserang hendap dan kereta perisai yang dipandu oleh Allahyarham telah ditembak dengan senjata anti kereta kebal dari arah hadapan, yang menembusi cermin kalis peluru dan terkena bahagian bahu kiri Allahyarham serta mencederakan sembilan anggota yang lain. [2]

Dalam peristiwa ini, empat buah Kereta Perisai Pengangkutan Anggota (KPPA) jenis Condor juga musnah. Usaha menyelamat anggota tentera Amerika Syarikat ini telah diteruskan dan dilaksanakan dengan cemerlang oleh anggota MALBAT. [3]

Sebagai pengiktirafan pengorban wira-wira kita, negara Malaysia telah menganugerah pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) - Arwah 1042754 Prebet Mat Aznan Bin Awang (dinaikkan pangkat Koperal).

Kehidupan Peribadi

Allahyarham Koperal Mat Aznan Awang mendirikan rumah tangga dengan pasangannya Siti Zauyah Binti Yahya dan dikurniakan dua anak perempuan iaitu Nor Azlinda dan Hasyimah, Nor Azlinda kini meneruskan kerjaya allahyarham dalam tentera dan bertugas di batalion sama dengan berpangkat Staf Sarjan.

Rujukan

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.