Mahram
| Sebahagian daripada siri berkaitan |
| Perundangan Islam (Fiqah) |
|---|
| Suatu disiplin kajian Islam |
Mahram (Arab: محرم) ialah orang lelaki atau perempuan yg haram dinikahi mengikut hukum Islam kerana faktor tertentu. Ia terbahagi kepada dua larangan iaitu :-[1]
- Larangan kekal (Muabbad)
- Larangan sementara (Muaqqat)
Larangan kekal (Muabbad)
Larangan kekal (Muabbad) ialah larangan untuk selama-lamanya disebabkan oleh tiga perkara iaitu pertalian darah, susuan, atau perkahwinan.
Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan). (Surah An-Nisaa’ : Ayat 22) [2]
"Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut):
- ibu-ibu kamu, dan
- anak-anak kamu, dan
- saudara-saudara kamu, dan
- saudara-saudara bapa kamu, dan
- saudara-saudara ibu kamu dan
- anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan
- anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan
- ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan
- saudara-saudara susuan kamu, dan
- ibu-ibu isteri kamu, dan
- anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya).
- Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu.
- Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nisaa’ : Ayat 23) [3]
Larangan sementara (Muaqqat)
Larangan sementara (Muaqqat) ialah larangan untuk tempoh masa atau keadaan tertentu. Apabila keadaan berubah, hukum larangan itu pun terbatal.
Seorang lelaki diharamkan mengahwini adik atau kakak kepada isterinya (iparnya) selagi mana isterinya masih ada. Melainkan selepas berpisah dengan isterinya. Walaupun begitu, batas pergaulan dengan mahram sementara (Muaqqat) sama seperti hukum dengan bukan mahram.
Termasuk bukan mahram ialah sepupu(anak kepada emak/bapa saudara), walaupun ia seperti berada dalam senarai pertalian darah. Meskipun di beberapa negeri Islam ada 'urf yang melarang seseorang berkahwin dengan sepupu, tetapi itu bukan bererti berkahwin dengan sepupu itu tidak dibenarkan mengikut syarak, kerana syarak lebih tinggi daripada 'urf.
Rujukan
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-05. Dicapai pada 2009-01-31.
- ^ http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=mal&nSora=4&nAya=22&t=mal | Kementerian Arab Saudi
- ^ http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=mal&nSora=4&nAya=23&t=mal | Kementerian Arab Saudi
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.