MStar
| Jenis | Akhbar dalam talian |
|---|---|
| Dilancarkan | 31 Oktober 2005 |
| Bahasa | Melayu |
| Ibu pejabat | Petaling Jaya, Selangor |
| Negara | Malaysia |
| Akhbar saudara | The Star |
| Pemilik | Magnet Bizz Sdn Bhd (anak syarikat Star Media Group Berhad) |
| Laman sesawang | www |
mStar ialah sebuah laman web berita berbahasa Melayu di Malaysia. Ia dimiliki oleh Star Media Group Berhad yang turut menerbitkan akhbat The Star. Ia mula boleh dicapai pada 15 Oktober 2005 dan dirasmikan pelancarannya pada 31 Oktober 2005.
Perkembangan
Berita-berita dalam mStar pernah diterbitkan secara fizikal secara mingguan menerusi Mingguan mStar sebagai sisipan kepada Sunday Star bermula Februari 2010. Walau bagaimanapun, penerbitannya dihentikan pada 2011.
Pada 17 April 2014, mStar melancarkan wajah baharunya dengan menambah baik kandungan yang ketika itu lebih tertumpu kepada berita dan hiburan[1][2]. Namun bagi memenuhi selera pembaca yang terdiri daripada golongan muda dan pertengahan usia, maka kandungannya diperkemaskan lagi pada 20 November 2018 dengan corak penulisan diubah kepada pendekatan yang lebih semasa.
Anugerah dan pengiktirafan
mStar juga turut diiktiraf pada peringkat antarabangsa apabila dianugerahkan Pingat Gangsa bagi Laman Web Gaya Hidup Terbaik Asia, Anugerah Media Digital Asia 2015 yang diadakan di Hong Kong pada 18 November 2015. Ia dianjurkan oleh World Association of Newspapers and News Publishers (WAN-Ifra).
Pada 18 Ogos 2016 mStar menerima Anugerah Spark 2016 untuk kecemerlangan media Asia Pasifik bawah kategori ‘Acara Terbaik Oleh Pemilik Media’ yang berlangsung di Singapura.
Di peringkat nasional pula, mStar merangkul anugerah Kritikan Filem Terbaik, anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang dianjurkan pada 26 November 2017.
mStar turut menerima tempat kedua bagi penerbitan video dokumentari Anugerah Media Pembinaan CIDB 2018 anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia pada 3 Disember 2018.
Lihat juga
Pautan luar
- MStar di Facebook
- MStar di Instagram
- MStar di Threads
- MStar di TikTok
- MStar di X
- Saluran YouTube MStar
Rujukan
- ^ "MStar Online gets makeover". PressReader. 18 Apr 2014. Dicapai pada 30 Jun 2023.
- ^ Budiey (8 April 2014). "Selebriti Popular Bakal Meriahkan Pelancaran Wajah Baru mStar Online". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 30 Jun 2023.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.