Lokcing

Lokcing yang dicicah dengan sos pencicah

Lokcing merupakan sejenis sate yang khususnya diperbuat daripada ikan.[1] Ia merupakan makanan yang terkenal di Pantai Timur Malaysia, kebiasaannya dijual di tepi jalan atau dijaja di atas motor. Bahan untuk membuat lokcing ialah ikan dan tepung kanji. Bahan-bahan tersebut kemudiannya diuli dan dibentukkan menjadi bulat seperti guli. Lokcing ini boleh dimakan begitu sahaja, namun lebih sedap jika dipanggang atau dibakar untuk meningkatkan aromanya. Lokcing ini seharusnya dimakan dengan pencicah sos sama ada manis atau pedas untuk meningkatkan selera.[2]

Asal-usul

Lokcing dipercayai berasal dari selatan Thailand[2] dan nama lokcing dipinjam daripada bahasa Thai ลูกชิ้นปลา[3] yang membawa maksud bebola bakar. Makanan yang unik ini terdapat di negeri yang bersempadan dengan Thailand; sudah ada di Kelantan, tapi mula dijual di Perlis dan Kedah.[4]

Bahan-bahan

bahan asas untuk membuat lokcing ini ialah ikan yang dikisar sampai lumat dan tepung kanji.[2] Kini, ikan juga boleh diganti dengan daging, ayam, ketam atau udang dek berkembang mengikut peredaran zaman.[4]

Cara membuat

Isi ikan perlu dikisar terlebih dahulu sehingga lumat, sebelum diuli bersama-sama dengan tepung kanji. Setelah itu, bahan yang diuli tersebut kebiasaannya dibentukkan menjadi bulat, tetapi boleh juga dibentukkan kepada bentuk yang lain. Kemudian, ianya dicucuk dengan lidi lalu dibakar atas bara api. Secara tradisionalnya, lokcing dibakar atas arang. Kini, lokcing didapati dibakar di atas dapur gas dan dapur elektrik.[4]

Rujukan

  1. ^ "Lokcing". Siri Glosari Dialek Melayu Semenanjung: Glosari Dialek Kelantan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2016.
  2. ^ a b c "Apa itu Lokcing?". Sate Ikan (Lokcing). 6 Disember 2017. Dicapai pada 20 Januari 2025.
  3. ^ ลูกชิ้นปลา ni baru betol..
  4. ^ a b c R Intan Sufida (20 Ogos 2012). "Sejarah LokChing (Sate Ikan)". LokChing Sate Ikan. Dicapai pada 20 Januari 2025.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.