Logistik

Logistik adalah pengurusan aliran sumber (bahan mentah, produk, ubat-ubatan, peralatan, makanan, maklumat, serbuk dan juga tenaga) dari lokasi ianya diwujudkan hingga ke destinasi penguna atau pembeli. Ini bermakna bahan tersebut mungkin diwujudkan di Belanda dan disalurkan ke Malaysia melalui sistem Logistik ini. Aktiviti logistik fizikal selalunya disusuli dengan integrasi maklumat seperti pengendalian produk, produksi, pembungkusan, inventori, pengangkutan, pergudangan dan keselamatan. Kerumitan proses Logistik ini boleh dipermudahkan dengan perisian teknologi yang serba canggih dizaman ini yang membolehkan analisis, pergerakan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan inventori dikawal dengan rapi serta tepat. Secara tak langsung, kemudahan perisian ini membolehkan syarikat logistik dan pembeli atau penguna berkomunikasi dan berkongsi maklumat produk dengan lebih tangkas dan tepat. Selain itu, pihak pengurusan syarikat juga dapat mengurus operasi Logistik dengan lebih sistematik dan dan dikawal selia oleh perisian yang serba automatik ini.


Asal usul dan definisi

Terma Logistics wujud dikurun ke 19 dari bahasa Perancis yang berbunyi logistique dan terma ini dipopularkan oleh pedagang Perancis yang merantau ke seluruh dunia. Ianya sangat popular di Eropah sebelum ke benua Amerika.[1]

Menurut The Oxford English Dictionary logistik dikelasifikasikan sebagai sebahagian daripada sains ketenteraan the branch of military science yang berkaitan dengan perolehan, pengekalan, pengangkutan bahan, kakitangan, teknologi, perisian dan kemudahan yang lain. Bagaimanapun, menurut the New Oxford American Dictionary logistik adalah koordinasi khursus yang kompleks yang mengaitkan kakitangan dari pelbagai sudut, pembekal, kemudahan dan sebagainya. Menurut suumber yang lain, logistik juga dikelasifikasikan sains kejuruteraan yang menyediakan sistem mesra pengguna. Bukan sekadar itu, malah Logistik adalah satu proses yang rumit dari permulaan hinggalah ke akhir.Logistik kini sangat maju dengan teknologi seperti GPS (Global positioning system), robotik dan tenaga hijau.

Sistem logistik moden adalah antara industri yang sangat untung dan mendapat permintaan yang amat tinggi diseluruh dunia terutamanya negara-negara maju.

Rujukan

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-26. Dicapai pada 2012-11-19.

Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.