Liquid Glass
| Liquid Glass | |
|---|---|
Aplikasi Wikipedia (iOS) dengan elemen Liquid Glass | |
| Pembangun | Apple |
| Pelancaran pertama | 9 Jun 2025 |
| Sistem pengendalian | iOS, iPadOS, macOS, tvOS, visionOS, watchOS |
| Pendahulu | Reka bentuk rata |
| Jenis | Perkakas widget, Persekitaran atas meja, antara muka grafik pengguna, design language (en) |
| Genre | Bahasa reka bentuk |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak web | https://developer.apple.com/documentation/technologyoverviews/liquid-glass |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Liquid Glass ialah sebuah bahasa reka bentuk yang dibangunkan oleh Apple sebagai tema visual bersatu untuk antaramuka pengguna grafik bagi rangkaian sistem pengendalian keluarannya. Ia telah diumumkan pada 9 Jun 2025 di Persidangan Pembangun Sedunia (WWDC). Liquid Glass menampilkan antaramuka seakan-akan kaca yang dinamik dan cecair yang memantulkan serta membiaskan latar belakang. Ia telah diperkenalkan dalam iOS 26, iPadOS 26, macOS Tahoe, tvOS 26, visionOS 26, dan watchOS 26.[1]
Prinsip
Apple berusaha menghasilkan bahasa reka bentuk baharu untuk menyatukan penampilan dan rasa elemen antaramuka pada pelbagai perantanya, berserta pelbagai saiz tetingkap dan paparan skrin.[2][3] Syarikat tersebut memutuskan untuk beralih daripada petunjuk reka bentuk rata yang dipopularkan oleh Jony Ive dalam iOS 7 (2013) ke arah elemen yang lebih ekspresif dan skeuomorfik.[4] Ia juga memutuskan untuk memperkenalkan "bahan" dinamik, iaitu kesan visual yang memberikan rupa kedalaman dan hierarki antara elemen.
"Bahan" Liquid Glass mengagungkan gabungan "sifat optik kaca dengan rasa kececairan".[5] Ia mempunyai elemen separa telus yang menyesuaikan diri dengan persekitaran, membiaskan dan memantulkan elemen yang terletak di belakangnya. Pencahayaan dan pemutus (shader) digunakan untuk memberikan gambaran kaca jernih atau kaca kabur; elemen-elemen ini menyesuaikan penampilan cerah atau gelap bagi memastikan teks dan ikon di atas bahan tersebut kekal mudah dibaca.[6][7][8][9] Pada iOS dan iPadOS, elemen bertindak balas terhadap pergerakan peranti melalui animasi yang menyerupai pergerakan titisan cecair.[10]
Garis panduan antaramuka manusia yang dikemas kini oleh Apple menyatakan bahawa aplikasi yang dibina menggunakan Liquid Glass hendaklah menampilkan hierarki yang jelas antara kandungan dan kawalan.[11]
Pelaksanaan
Liquid Glass merombak komponen antaramuka iOS sedia ada seperti teks, penggelongsor, suis togel, amaran, panel dan bar sisi. Bahan ini diintegrasikan ke dalam pelbagai aplikasi dan ciri sistem seperti Dock, pemberitahuan, dan Pusat Kawalan; ia juga boleh digunakan oleh aplikasi pihak ketiga.[12][13]
Ikon aplikasi telah direka semula untuk menggunakan sistem berlapis yang serupa dengan yang digunakan pada visionOS dan tvOS, menerapkan kelutpukerandut (penyerapan cahaya separa) dan kesan kilauan seakan-akan kaca, yang turut bertindak balas terhadap pergerakan peranti, di samping menggunakan lebih banyak kecerunan warna. Ikon aplikasi boleh menggunakan penampilan jernih yang menjadikannya kelihatan telus.[14] Bar alatan dan elemen lain pada skrin tidak lagi dipaksa melekat pada bezel peranti, sebaliknya dipisahkan menjadi gelembung yang muncul dan hilang berdasarkan konteks. Sebagai contoh, bar tab aplikasi Music mengecil apabila ditatal. Reka bentuk baharu ini juga membolehkan bahan tersebut mengubah bentuk dan saiznya, seperti petua alatan pilihan teks yang mengembang untuk memaparkan semua pilihan dalam senarai menegak.[15]
Naib presiden kanan kejuruteraan perisian Apple, Craig Federighi, menyatakan bahawa pereka menggunakan studio reka bentuk industri syarikat untuk memfabrikasi kaca dengan pelbagai tahap ketiadaketelusan (kelegapan) dan sifat kanta, supaya mereka dapat memadankan sifat antaramuka itu sedekat mungkin dengan kaca sebenar.[7] Beliau juga menambah bahawa Apple silicon menyediakan kuasa pemprosesan tambahan yang diperlukan untuk menjalankan Liquid Glass.[16][17]
Dalam sebuah video yang memperincikan perubahaan reka bentuk tersebut, Apple menyatakan bahawa bahasa reka bentuk ini dipengaruhi oleh bahasa reka bentuk Aqua daripada macOS, kekaburan Gaussian masa nyata dalam iOS 7, pergerakan pada iPhone X, Dynamic Island pada iPhone 14 Pro dan model seterusnya, serta UI seakan-akan kaca pada visionOS.[6][7] Liquid Glass mempunyai pengaruh kuat daripada "glassmorphism", iaitu gaya reka bentuk yang menjadi popular pada tahun 2021 hasil daripada pengaruh Microsoft melalui Windows 11 dan penggunaan Fluent Design, serta macOS Big Sur oleh Apple.[18][19] Ramai pengkritik dan pengguna media sosial menyedari persamaan dengan Aqua dan Windows Aero, termasuk tekstur seakan-akan kaca yang dipopularkan oleh Windows Vista.[20][21] Jamie Richards daripada TechRadar turut menulis bahawa Liquid Glass berkemungkinan dipengaruhi oleh Frutiger Aero.[22]
Penerimaan

Liquid Glass secara umumnya menerima maklum balas yang berbaur. Sesetengah pengkritik memuji usahanya meniru kualiti pembiasan dan kanta kaca sebenar, serta menggambarkan reka bentuk tersebut sebagai canggih secara visual.[24][25][26] Walau bagaimanapun, pengkritik lain menganggap antaramuka tersebut mengalihkan perhatian dan, dalam sesetengah keadaan, kurang mesra pengguna. Pereka bentuk yang ditemu bual oleh Wired menyatakan bahawa kesan visual itu boleh mengalihkan tumpuan daripada kandungan aplikasi dan pasukan pembangun yang lebih kecil mungkin bergelut dengan peningkatan kerekaan yang kompleks.[25] Pengulas lain berhujah bahawa Liquid Glass terpesong daripada konvensi antaramuka pengguna sedia ada dalam cara yang boleh menyukarkan navigasi pada macOS.[27][28]
Kebolehbacaan merupakan kebimbangan yang sering dibangkitkan. Sesetengah pereka melaporkan bahawa ketelusan pada elemen antaramuka tertentu menyebabkan teks sukar dibaca,[25] terutamanya dalam keadaan kontras rendah seperti di bawah cahaya matahari langsung.[24][29] Berikutan maklum balas daripada versi beta pembangun yang pertama, Apple membuat beberapa penyesuaian yang bertujuan untuk meningkatkan kebolehbacaan. Ini termasuk meningkatkan ketiadaketelusan (kelegapan) pada bar navigasi dan krom antaramuka pengguna yang lain, menyempurnakan hamparan sistem serta latar belakang modal, dan memperkenalkan kawalan tambahan untuk ketelusan dalam versi kemaskini seterusnya.[30][31][32]
Di WWDC 2026, Apple mengumumkan semakan lanjut bagi Liquid Glass untuk iOS 27, iPadOS 27, dan macOS 27 Golden Gate. Reka bentuk yang dikemas kini mengurangkan ketelusan lalai, mengubah sudut bar sisi pada iPadOS dan macOS, serta merombak ikon aplikasi agar lebih mudah dicam. Apple turut menambah kawalan mesra pengguna yang membolehkan pengguna melaraskan penampilan antaramuka antara kaca lebih jernih dan kaca yang lebih bergaya melalui penggelongsor dalam tetapan setiap OS.[33][34]
Lihat juga
- Aqua (antaramuka pengguna)
- Fluent Design System
- Frutiger Aero
- Material Design
- Neumorfisme
- Windows Aero
Rujukan
- ^ Templat:Multiref2
- ^ Engadget 2025a.
- ^ AppleInsider 2025.
- ^ Wong 2025.
- ^ "Liquid Glass". Apple Developer Documentation (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 10 Jun 2025.
- ^ a b Apple Developer 2025a.
- ^ a b c Ulanoff 2025.
- ^ Apple Developer 2025b.
- ^ Apple Developer 2025c.
- ^ "Apple introduces a delightful and elegant new software design". Apple Newsroom (Siaran akhbar) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Jun 2025. Dicapai pada 9 Ogos 2025.
- ^ Apple Developer 2025d.
- ^ Apple Developer 2025e.
- ^ Peters 2025.
- ^ Apple Developer 2025f.
- ^ Apple TV 2025.
- ^ The Wall Street Journal 2025.
- ^ Weckler 2025.
- ^ Pero 2025.
- ^ everyday ux 2025.
- ^ Hindustan Times 2025.
- ^ Saini 2025.
- ^ Richards 2025.
- ^ "Icon Composer". Apple Developer. Dicapai pada 11 Jun 2026.
- ^ a b Perez 2025.
- ^ a b c Rogers 2025.
- ^ Pierce 2025.
- ^ Loyola 2026.
- ^ Engst 2026.
- ^ Encinas 2025.
- ^ Roth 2025.
- ^ Clover 2025a.
- ^ Clover 2025b.
- ^ Mayo 2026.
- ^ Mendes 2026.
Pautan luar
- Liquid Glass dalam Dokumentasi Pembangun Apple
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
