Lim Boo Chang

encik
Lim Boo Chang
林武灿
Fail:0
0
Ahli Dewan Undangan Pulau Pinang
bagi Datok Keramat
Dalam jawatan
25 April 1995 – 21 Mac 2004
Didahului olehK. Balasundaram (GRDAP)
Digantikan olehOng Thean Lye (BNGerakan)
Kawasan pilihan rayaDatok Keramat
Majoriti5,293 (1995), 3,148 (1999)
Maklumat peribadi
Lahir
Lim Boo Chang

(1955-11-26) 26 November 1955 (umur 70)
Pulau Pinang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikTemplat:BN GERAKAN Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) (1980-2016) en:Malaysian United Party (MUP) (2016 - kini)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional Barisan Nasional (BN) (1980 - 2016)
Pasangan0
Pertalian0
Anak0
Tempat belajar0
Pekerjaanahli politik, peguam
0
0
Nama Bahasa Cina
Tulisan Cina Tradisional林武燦
Hanyu PinyinLín Wú Chán
JyutpingLam4 Mou5 Caan3
POJ Bahasa HokkienLîm Bú-chhàn
Tâi-lôLîm Bú-tshàn

Lim Boo Chang (lahir 26 November 1955) ialah seorang ahli politik di Malaysia.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi DUN Datok Keramat dari 1995 hingga 2004. Selepas menang bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 di DUN N29 Datok Keramat, tengah Pulau Pinang atas tiket BN-Gerakan dengan majoriti 3148 undi. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004 beliau bertanding di P051 Bukit Gelugor menentang Karpal Singh tapi tewas. Lim Boo Chang mendapat 21268 undi sementara Karpal singh mendapat 22,529 undi dengan majoriti 1261 undi. Dia kembali ke pangkuan Gerakan yang disertai selama 15 tahun dari 1984-1999. Beliau pernah menjadi Ketua Biro Undang-Undang dan Perkhidmatan Kemasyarakatan PKR negeri Pulau Pinang dan melepaskan jawatan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP).

[1][2][3]

Menyokong usul DAP 2002

Pada 16 Disember 2002, beliau dan Tan Cheng Liang (BN-Jawi) serta DAP menentang projek RM1.02 bilion projek Persekutuan, Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR) ditangguhkan dan projek RM400 milion Jelutong Expressway. Tindakan mereka berdua berkecuali dalam usul DAP menyebabkab UMNO dan Gerakan cukup marah. Law Heng Kiang (DAP-Batu Lanchang) mendesak agar kerajaan negeri menangguhkan dulu pelaksanaan PORR sehingga projek Lebuh Raya Jelutong (JE) yang bernilai RM400 juta siap dibina. Pada 1 Januari 2003, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Mohamed Rahmat menyatakan kedudukan mereka dalam BN akan ditentukan.[4]

Keluar PKR masuk semula Gerakan

Pada 14 Disember 2011, Lim Boo Chang merasa terpedaya dengan slogan reformasi PKR sejak 2008 akan kembali menyertai parti Gerakan. PKR gagal menepati janji untuk mereformasikan rakyat.Pertelagahan sesama kalangan ahli amat menjelekkan. MPPP juga telah hilang kuasa autonomi berikutan terlalu banyak campur tangan dari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang serta sebilangan ahli Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Surat peletakan jawatan sebagai ahli MPPP telah dihantar kepada Yang Dipertua MPPP, Patahiyah Ismail.Makluman juga disampaikan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Semasa menjadi ahli MPPP (1990-1995) ketika berada dalam Gerakan, MPPP tidak berhadapan campur tangan .Sedangkan Lim Guan Eng kononnya mengamalkan slogan 'Kompeten, Akauntabiliti serta Telus' (CAT). Perjanjian konsesi Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang Subterranean (sPice) juga campur tangan kerajaan negeri .Kerajaan negeri mengarahkan MPPP menandatangani kontrak dengan pihak konsesi dengan tergesa-gesa dan penuh berahsia apabila terma-terma dan syarat-syarat tidak dimaklumkan kepada 23 ahli majlis, kecuali mereka yang menandatangani perjanjian itu sahaja. Tidak ada kajian impak sosial dan penilaian trafik yang membawa kesan kepada kawasan di sekeliling projek.

Bernama melaporkan, Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Ong Thean Lye belum menerima surat permohonan daripada Lim Boo Chang.[5]

Pemimpin PKR yang melompat keluar ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng; ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu; ADUN Ngemah, Gabriel Adit Demong; ADUN Lunas, Md Radzi Salleh dan ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah.

Keputusan pilihan raya

Parlimen Malaysia[6][7]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1986 P046 Jelutong Lim Boo Chang (Gerakan) 15,833 37.91% Karpal Singh Ram Singh (DAP) 25,932 62.09% 42,723 10,099 71.34%
2004 P051 Bukit Gelugor Lim Boo Chang (MCA) 21,268 48.56% Karpal Singh Ram Singh (DAP) 22,529 51.44% 44,618 1,261 74.21%
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang[6][7][8][9]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1995 N25 Datok Keramat Lim Boo Chang (Gerakan) 9,974 66.33% Wong Hang Yoke (DAP) 4,681 31.13% 15,038 5,293 74.21%
Seevaraju Muniandy (PBS) 96 0.64%
1999 Lim Boo Chang (Gerakan) 8,599 59.60% Karpal Singh Ram Singh (DAP) 5,451 37.78% 14,427 3,148 72.04%
2018 N29 Datok Keramat Lim Boo Chang (MUP) 194 1.10% Jagdeep Singh Deo (DAP) 13,712 75.30% 18,504 9,561 81.80%
Lee Boon Ten (Gerakan) 4,151 22.80%
Muhd Majnun Abd Wahab (Bebas) 146 0.80%
Nicholas Diane Morgan (PFP) 18 0.10%

Anugerah

Rujukan

  1. ^ "KEPUTUSAN/RESULT- PULAU PINANG". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-06. Dicapai pada 2011-12-15.
  2. ^ BN tentukan nasib dua ADUN MCA 7 Januari
  3. ^ "SENARAI PENERIMA DARJAH-DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT-PINGAT KEHORMATAN NEGERI PULAU PINANG 2009" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
  4. ^ BN tentukan nasib dua ADUN MCA 7 Januari
  5. ^ Ketua Cabang PKR keluar parti
  6. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 27 May 2010. Percentage figures based on total turnout.
  7. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 5 May 2014. Results only available from the 2004 election.
  8. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  9. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  10. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat".
  11. ^ "再林等三领袖获册封掀反弹
    槟公正党区部酝酿换州主席"
    . m.malaysiakini.com. 10 July 2009.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.