Leeds
| Leeds | |
| — Bandar — | |
| Luas | 111.6 km2 (43.1 bt2) |
|---|---|
| Penduduk | 516,298 (anggaran 2020) |
| - Kepadatan | 4,626/km2 (11,980/sq mi) |
| Populasi boro metropolitan | 812,000 (anggaran 2021; ONS) |
| Rujukan grid OS | SE299339 |
| Kota kecil metropolitan | Bandar Leeds |
| Daerah metropolitan | Yorkshire Barat |
| Kawasan | Yorkshire and the Humber |
| Perlembagaan negara | England |
| Negara berdaulat | United Kingdom |
| Bandar pos | LEEDS |
| Poskod daerah | LS1-LS17 |
| Kod panggilan | 0113 |
| Polis | |
| Balai bomba | |
| Ambulans | |
| Parlimen Eropah | Yorkshire and the Humber |
| Parlimen UK | Leeds Central |
| Leeds East | |
| Leeds North East | |
| Leeds North West | |
| Leeds West | |
| Tapak web | www |
Leeds (English: /ˈliːdz/) ialah sebuah bandar di kaunti Yorkshire Barat, England. Bandar ini terletak di lembah Sungai Aire di kawasan kaki bukit timur Pennines. Bandar ini ialah bandar terbesar di kaunti dengan populasi 516,298 orang, dengan kawasan metropolitan Bandar Leeds memiliki jumlah penduduk seramai kira-kira 812,000 orang pada 2021.[1][2] Bandar ini adalah sebahagian daripada West Yorkshire Built-up Area, kawasan perbandaran keempat terbesar UK dengan 1.7 juta orang penduduk.[3]
Leeds pada asalnya ialah sebuah petempatan kecil pada abad ke-13, dan menjadi pusat penghasilan dan perdagangan kapas pada abad ke-17 dan ke-18 ketika Revolusi Perindustrian; selain kapas, flaks, penghasilan besi, kegiatan kejuruteraan dan percetakan juga menjadi industri utama.[4] Daripada sebagai bandar pasar di lembah Sungai Aire pada abad ke-16, Leeds berkembang dan menjadi lebih utama berbanding kota York berdekatan,[5] dan menyerap kampung-kampung sekeliling sehingga menjadi bandar pusat ketara menjelang abad ke-20, dan memperoleh status bandar pada 1893.[6]
Kini, Leeds terkenal dengan pusat-pusat beli-belah yang banyak seperti Leeds Kirkgate Market.[5] Bandar ini terletak kira-kira di tengah-tengah di antara London dan Edinburgh, dan berkedudukan di kawasan lebuh-lebuh raya utama Britain seprti M1, M62 dan A1(M),[7] dan menempatkan stesen kereta api Leeds, salah satu stesen-stesen rel utama England Utara bersama dengan stesen Manchester Piccadilly.[8]
Rujukan
- ^ "Leeds".
- ^ "How the population changed in Leeds: Census 2021". Office for National Statistics. 28 June 2022. Dicapai pada 14 July 2022.
- ^ "2011 Census - Built-up areas". ONS. Dicapai pada 5 July 2013.
- ^ Burt & Grady 1994, halaman 92
- ^ a b "Leeds and West Yorkshire". England's North East (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-06-06.
- ^ "A History of Leeds". Local Histories (dalam bahasa Inggeris). 2021-03-14. Dicapai pada 2022-06-06.
- ^ Aspden, Kester (2008). The Hounding of David Oluwale (dalam bahasa Inggeris). Vintage Books. ISBN 978-0-09-950617-1.
- ^ "Which are the busiest and least used railway stations in the UK?". Rail UK (dalam bahasa Inggeris). 2020-12-22. Dicapai pada 2022-06-06.
Pautan luar
Media berkaitan Leeds di Wikimedia Commons
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.