Landak
| Landak | |
|---|---|
| Seekor landak Amerika Utara, Erethizon dorsatum | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Kelas: | |
| Order: | |
| Suborder: | |
| Infraorder: | |
Landak (Jawi: لندق) merupakan sejenis rodensia yang berbulu tajam seperti duri yang meliputi bahagian atas badan. Spesies-spesies landak ada dua keluarga iaitu keluarga Hystricidae yang bertaburan di Asia dan Afrika dan keluarga Erethizontidae yang ditemukan di Amerika Utara dan Amerika Selatan.[1] Spesies-spesies landak Hystricidae besar dan duduk di atas tanah manakala spesies-spesies landak Erethizontidae berbadan kecil dan boleh memanjat pokok-pokok hutan.[2]
Ciri fizikal
Badan seekor landak penuh dengan duri yang merupakan salah satu alat pertahanan landak yang berkesan. Sekiranya landak diserang atau terasa terancam, landak akan cuba melarikan diri dengan pantas ke dalam sarang mereka yang biasanya terletak di bawah tanah. Tetapi bukan semua spesies landak mempunyai bulu yang keras. Terdapat juga landak yang mempunyai bulu yang lembut seperti Trichys lipura di Borneo.
Tabiat
Seseekor landak itu mampu memecut dengan laju untuk melarikan diri daripada pemangsa seperti harimau. Sekiranya landak tidak sempat melarikan diri mereka, landak akan mengembangkan bulu kerasnya sehinggakan seluruh tubuh mereka kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras berceracakan. Sesetengah landak turut mengundurkan diri dengan laju ke arah pemangsa, menyebabkan durinya tercucuk kepada pemangsa tersebut.
Lihat juga
Rujukan
- ^ Roze, Uldis (2012). Porcupines: The Animal Answer Guide. Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 1. ISBN 978-1-4214-0735-7.
- ^ "Porcupines". World Animal Foundation. 19 Oktober 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2021. Dicapai pada 29 Oktober 2021.
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.