Klepet
| Klepet | |
|---|---|
| Pengarah | Indra Putra Jamin |
| Penulis | Baitem Smikxa Zint |
| Dihasilkan oleh | Aeril Zafrel Wawa Zainal Shahriman Wahap (eksekutif) |
| Dibintangi | Aedy Ashraf Nadhir Nasar Meerqeen |
| Sinematografi | Abdul Rahman |
| Disunting oleh | Grey Hub Studio |
| Muzik oleh | Pacai |
Syarikat penerbitan | Wawa Global Sdn Bhd |
Tarikh tayangan | 27 November 2025 |
Masa tayangan | 90 minit |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Pecah panggung | RM325,439 |
Klepet merupakan sebuah filem aksi komedi Malaysia 2025 arahan Indra Putra Jamin. Dibintangi oleh Aedy Ashraf, Nadhir Nasar, Meerqeen dan ramai lagi, filem ini ditayangkan pada 27 November 2025 di pawagam seluruh Malaysia.[1]
Sinopsis
Mengisahkan tiga orang sahabat Pali, Jani dan Wadi yang sedang menikmati percutian mereka bersama-sama Kumpulan Motorhome menjadi huru-hara dengan kedatangan Lola iaitu seorang gad raine yang melarikan diri daripada kumpulan penculikan (penipu) iaitu Yak dan Jud. Lola dipukul pengsan oleh Pali kerana terkejut melihat kelibat Lola yang dipenuhi darah.
Dalam masa yang sama seorang pemain saksofon istimewa turut menyertai Pali, Jani dan Wadi yang telah ditinggalkan oleh band-nya. Hajat Pali untuk menyelamatkan Lola dengan membawa Lola ke klinik tidak dipersetujui oleh Wadi.
Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila mereka terlanggar Hitman iaitu pembunuh misteri yang membawa wang tunai yang sangat banyak. Pali terlihat wang itu lalu mencurinya dan menyimpannya di dalam Motorhome mereka, ketika Hitman sedar dia mendapati wangnya dicuri oleh pemilik Motorhome tadi. Kini Pali, Jani dan Wadi diburu pula oleh Hitman.
Kerana takut dikesan mereka bertiga bercadang mencuci wang tersebut kepada seorang ketua sindiket haram iaitu Lawi. Namun keadaan menjadi huru hara kerana Wadi dan Jani telah salah memberi wang tersebut kepada orang yang salah. Dalam masa yang sama Lola tersedar dan melarikan Motorhome mereka.
Sehingga kesemua watak bertemu di antara mereka lalu bermula adegan kejar mengejar Motorhome tersebut. Hitman, Yak dan Jud. Rawi, Pali, Jani, Wadi dan Alfi mula mengejar Lola. Setiap da mereka mempunyai matlamat masing-masing.
Dapatkan Pali, Jani dan Wadi mengejar Lo untuk mengambil semula Motorhome mereka?[2]
Pelakon
- Aedy Ashraf sebagai Pali
- Nadhir Nasar sebagai Jani
- Meerqeen sebagai Wadi
- Eric Fuzi sebagai Jud
- Joey Daud sebagai Yak
- Namie Smy sebagai Rawi
- Adlin Aman Ramlie sebagai Lawi
- Darina Porhun sebagai Lola
- Hun Haqeem sebagai Sawi
- Aeril Zafrel sebagai Hitman
- Wawa Zainal sebagai Wawa
- Delimawati sebagai Rora Mandoza
- Fadhli Masoot sebagai Dr. Jebat
- Arfie Shah sebagai Arfi
Penerbitan
Rujukan
- ^ Rostam, Affan (2025-10-24). "Filem Klepet tampil elemen komikal, animasi". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-05-24.
- ^ "Klepet Filem". www.klepetfilem.com. Dicapai pada 2026-05-24.
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.