Kilim

Papan tanda di Jeti Kilim

Kilim terletak di tepi Sungai Kilim , di timur laut pulau Langkawi , Kedah , Malaysia. Dari Pekan Kuah , Kilim terletak di sebelah kanah Jalan Air Hangat.

Kilim merupakan ekosistem bakau terunggul di rantau ini , unik kerana membiak pada kawasan batu kapur. Taman Georimba Kars Kilim menonjolkan lanskap kars kepulauan yang sangat indah dibina oleh bukit-bukau dan pulau-pulau kars hampir tegak atau separa membulat dengan pinakel pelbagai bentuk dan saiz dipisahkan oleh jurang dan lembah sempit penuh dengan hutan bakau. Dinding batu kapur kelabu menjadi taman, tergantung yang dramatik dengan palma dan pokok melekap dan bergantungan di dinding.

Bukit-bukau dan piulau-pulau ini kelihatan soelah-olah terapung di atas bakau yang menghijau dengan helang beterbangan di sekitarnya. Di dalam batu kapur Kilim terdapat banyak gua dan terusan bawah tanah , gua laut , takik laut , gerbang laut , tunggul laut , wang dan tasik air tawar seperti Tasik Langgun yang menyediakan tapak untuk penjelajahan dan pengembaraan yang menarik.

Anda tidak perlu pergi jauh untuk menjejaki fosil pada batu kapur dalam taman georimba ini. Fosil-fosil Kilim merupakan buku sejarah yang mengisahkan bahawa batu kapur Formasi Setul di sini telah terbentuk pada pelantar laut cetek kuno antara zaman Ordovisi hingga Devon ( 490-370 tahun ).

Rujukan

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.