Kike
Dalam Bahasa Inggeris moden, perkataan kike merupakan perkataan hinaan etnik yang merujuk kepada seseorang Yahudi.
Etimologi
Etimologi perkataan ini tidak pasti. Mungkin perkataan ini merupakan ubahan akhiran umum untuk nama-nama peribadi Yahudi Eropah Timur yang berhijrah ke Amerika Syarikat pada awal abad ke-20. Rekod penggunaan istilah ini yang pertama adalah pada tahun 1904.[1][2]
Menurut Leo Rosten,
"Perkataan kike bermula di Pulau Ellis, semasa penghijrah Yahudi yang buta huruf (atau tidak mampu menggunakan abjad Rumi Inggeris), apabila diminta menandatangani borang kemasukan dengan 'X' yang sebagai amalan biasa, mereka menolak—dan membuat satu bulatan. Perkataan Bahasa Yiddish untuk bulatan ialah kikel (disebut sebagai KAI - kel), dan untuk 'bulatan kecil', kikeleh. Inspektor imigresen memanggil sesiapa yang menandatangani dengan 'O' daripada 'X' seorang kikel atau kikeleh atau kikee atau, akhirnya, kike."[3]
Pada pandangan kebanyakan Yahudi Eropah, palang merupakan lambang Kristian dan anti-semitism yang mana mereka mencari perlindungan di Dunia Baru. Menurut Rosten, peniaga Yahudi Amerika kekal menggunakan tanda tangan 'O' dan bukannya 'X' selama beberapa dekad, menyebabkan nama gelaran kike tersebar di mana sahaja mereka berada. Pada masa itu kike lebih menjurus kepada istilah mesra, digunakan oleh Yahudi bagi menggambarkan Yahudi yang lain, dan hanya bertukar menjadi celaan ras kemudiannya.[2]
Satu pilihan lain kepada etimologi yang dicadangkan ini diberi dalam "How the Irish Invented Slang: the Secret Language of the Crossroads" oleh Daniel Cassidy, di mana Cassidy mencatatkan bagaimana perkataan Bahasa Ireland "Ciabhóg" (disebut k'i'og) menjadi istilah umum yang digunakan oleh Orang Irish dan Orang Irish-Amerika untuk menandakan Payot Yahudi Ortodoks. Perkataan 'Ciabhóg' bermaksud 'ikalan tepi', yang apa Payot bermaksud.
Satu pilihan lain: Perkataan "kike" digunakan sebagai istilah penghinaan kepada Yahudi dan kegunaannya dalam astrologi dalam keugamaan.[perlu rujukan] Istilah Zodiac datang dari Yunani Purba "Zodiakos Kyklos" dan merujuk kepada 'bulatan haiwan.' Astrology Zodiac Wheels
Rujukan
- ^ Oxford English Dictionary, kike
- ^ a b Kim Pearson's Rhetoric of Race by Eric Wolarsky. The College of New Jersey.
- ^ Leo Rosten: The Joys of Yiddish, cited in Kim Pearson's Rhetoric of Race by Eric Wolarsky. The College of New Jersey.
Lihat juga
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.