Keruing sol

Keruing sol
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malvales
Keluarga: Dipterocarpaceae
Genus: Dipterocarpus
Spesies:
D. lowii
Nama binomial
Dipterocarpus lowii
Sinonim
  • Dipterocarpus undulatus Vesque

Keruing sol (Dipterocarpus lowii) ialah spesies tumbuhan yang berkeluarga Dipterocarpaceae genus Dipterocarpus.[2]

Ia juga dikenali sebagai shol di Pahang dan Sarawak dan Keruing machang di Terengganu.

Penerangan

Ciri fizikal

Keruing sol boleh mencapai ketinggian sehingga 55 m (180 ka). Ciri-ciri lapangan seperti berikut:[3][4]

  • Daun: daun yang keras dengan bentuknya ovat atau oblong-lanseolat. Hujung daun berbentuk akut atau obtus.
  • Bunga: bunganya besar.
  • Biji benih: bijinya dilitupi dengan tiub kaliks berenda dari seksyen plicati (melindungi tiub kaliks sepenuhnya).
  • Batang pokok: berbatang besar dengan banirnya hingga 2.5 m (8 ka 2 in) tinggi dengan menyebar akar yang besar timbul pada permukaan tanah. Kulit pokok berwarna coklat gelap atau kelabu dengan sisik seragam.

Taburan

Keruing sol boleh dijumpai di Sumatera, Semenanjung Malaysia (Johor, Kedah, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu) dan Borneo (Sabah dan Sarawak).[5]

Keruing sol tumbuh di kawasan hutan dipterokarpa pamah.

Rujukan

  1. ^ Barstow, M. (2020). "Dipterocarpus lowii". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T33077A68070039. doi:10.2305/IUCN.UK.2020-2.RLTS.T33077A68070039.en. Dicapai pada 10 Ogos 2026.
  2. ^ "Dipterocarpus lowii". Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-08-10.
  3. ^ Kamaruzaman, Haji Mohd Paiz; Yunus, Norhaidi; Abdul Jalil, Abdul Rahman; Mohd, Mohd Nasir (2011). Kaum Dipterokarpa Negeri Pahang. Kuantan, Pahang: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP). ISBN 978-983-41623-1-3.
  4. ^ "Keruing (Dipterocarpus lowii)". ITTO (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-08-10.
  5. ^ Chua, L. S. L., penyunting (2010). Malaysia plant red list: peninsular Malaysian Dipterocarpaceae. Research pamphlet / Forest Research Institute Malaysia. Kepong, Selangor: Forest Research Institute Malaysia [u.a.] ISBN 978-967-5221-34-7.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.