Kasma Booty
Kasma Booty | |
|---|---|
Kasma Booty | |
| Kelahiran | Kasmah binti Abdullah 1932 |
| Meninggal dunia | 1 Jun 2007 (berumur 74–75) |
| Sebab kematian | Komplikasi paru-paru berair |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gates, Selangor |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1948–1992 |
| Pasangan | Booty Jacobs |
| Anak-anak | 5 (Chempaka, Asmara, Kesuma (1951-2020), Surya dan Purnama) |
| Ibu bapa |
|
| Saudara |
|
| Keluarga |
|
Kasmah Abdullah AMN atau lebih dikenali sebagai Kasma Booty[1] (Jawi: كسم بوتي; 1932 – 1 Jun 2007) merupakan seorang seniwati dan primadona filem Melayu era 40-an, 50-an dan sehinggalah ke penghujung 60-an.
Dilahirkan di Kisaran, Indonesia, beliau berdarah kacukan Belanda dan Jawa berasal dari keluarga seni. Sama seperti P. Ramlee, Kasma telah diuji bakat oleh B. S. Rajhans dan menjadi pelakon di Malay Film Productions. Kasma pernah menjadi pasangan kepada P. Ramlee dalam Bakti, Sejoli, Juwita, dan Ragam P. Ramlee (bahagian Damaq).[2][3][4]
Kehidupan awal

Sebelum bergelar bintang filem, Kasma terlebih dahulu bergiat sebagai pelakon teater tradisional bangsawan dengan kumpulan Rayuan Asmara di Medan pada usia belasan tahun. Kesempitan hidup mendorong Kasma untuk berdikari dan sejak belasan tahun lagi, Kasma telah membawa diri merantau ke Malaysia (waktu itu Malaya) dan mendapat kerja sebagai pelakon bangsawan di Pulau Pinang dan Singapura.
Kerjaya lakonan
Kasma memulakan kerjaya lakonan di usia muda disebabkan kesempitan hidup iaitu seawal umur 14 tahun. Filem pertama yang dibintanginya ialah filem Chempaka (1947), diikuti Pisau Berachun, Noor Asmara, Rachun Dunia, Bakti, Dewi Murni, Sejoli, Juwita, Manusia, Mahsuri, Keris Sempena Riau, Selendang Merah, Siti Payong, Ratapan Ibu, Tangkap Basah, Anak Manja dan Ragam P. Ramlee.
Pada tahun 1952 pula, beliau berhadapan dengan kontroversi terhadap pengurusan Shaw Brothers sehingga berlarutan ke mahkamah. Namun, demi mempertahankan prinsip dan maruah beliau membuat keputusan menarik diri daripada membintangi filem Antara Senyum dan Tangis.

Pada tahun 1958, atas permintaan Almarhum Tunku Abdul Rahman, Kasma berlakon filem Mahsuri terbitan Cathay Keris.
Pada era akhir pembabitannya dalam lakonan, Kasma banyak berlakon dalam filem terbitan Studio Merdeka di Hulu Klang. Antaranya filem Keris Sempena Riau, Selindang Merah, Ratapan Ibu (L. Krishnan), Siti Payong, Tangkap Basah, Anak Manja (Salleh Ghani) dan Ragam P. Ramlee (P. Ramlee).
Di zaman kegemilangannya juga beliau pernah mendapat jolokan sebagai Elizabeth Taylor Malaya dan Ratu Filem Melayu kerana kejelitaan paras wajahnya. Tidak hanya memiliki rupa paras yang jelita, beliau mempunyai segala aura dan karisma yang diperlukan sebagai seorang Primadona Melayu pada zaman meledaknya filem Melayu klasik di Jalan Ampas, Singapura satu ketika dulu. Tidak hairanlah mengapa beliau turut dihormati seniman dan seniwati seperjuangannya pada zaman itu, tidak terkecuali Seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee sendiri.
Namun setelah membintangi hampir 20 buah filem Kasma bertekad meninggalkan dunia seni pada tahun 1992. Di usia tuanya, beliau banyak menghadapi masalah kesihatan dan banyak menghabiskan masa menumpukan perhatian terhadap ibadahnya dan duduk bersama anak-anak dan cucunya di kediamannya di Klang Gate, Hulu Klang.
Kehidupan peribadi
Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan dengan Jacob Booty dan dikurniakan lima orang anak. Nama kelima-lima anak beliau diambil bersempena dengan judul filem yang pernah dilakonkannya.
Kematian
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat, 1 Jun 2007, jam 2 pagi di Hospital Ampang ketika berusia 75 tahun selepas sekian lama menghidap komplikasi paru-paru berair.[5] Jenazah beliau selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Klang Gate, Selangor pada hari yang sama.
Kontroversi
Seniwati Kasma Booty mula muncul dalam filem Chempaka. Dengan wajahnya yang cantik menawan, Kasma terus diangkat sebagai Primadona baru filem Melayu. Tetapi diatas desakan suaminya Booty Jacobs, Kasma terpaksa membatalkan kontraknya dengan Shaw Brothers ketika sedang shooting filem Antara Senyum dan Tangis. Ia disebabkan Kasma hampir diperkosakan oleh pengurus produksi di bilik persalinan. Pakaian nya hampir terkoyak rabak akibat pergelutan itu. Kes dibawa ke mahkamah oleh suami Kasma. Watak Kasma dalam filem Antara Senyum dan Tangis digantikan dengan Rokiah Jaafar.
Kasma Booty terus menghilangkan diri dari dunia perfileman dan tumpu masa sepenuhnya bersama group bangsawan milik suaminya. Tetapi empat tahun kemudiannya, atas desakan Tunku Abdul Rahman, Kasma kembali semula ke dunia perfileman dalam filem Mahsuri terbitan Cathay Keris.
Filemografi
Filem
| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 1948 | Chempaka | Chempaka | Filem pertama |
| Pisau Berachun | |||
| 1949 | Noor Asmara | Zaharah | |
| 1950 | Rachun Dunia | Aminah | |
| Bakti | Saadiyah | ||
| Dewi Murni | |||
| 1951 | Sejoli | Mariam | |
| Juwita | Juwita | ||
| Manusia | |||
| 1955 | Selamat Tinggal Kekasehku | ||
| 1959 | Mahsuri | Mahsuri | |
| Rasa Sayang Eh | Dr. Faridah | ||
| 1961 | Keris Sempena Riau | Tun Zaleha | |
| 1962 | Selendang Merah | Lela | |
| Siti Payong | |||
| Ratapan Ibu | |||
| 1963 | Anak Manja | Minah | |
| Fajar Menyinsing | |||
| Tangkap Basah | Mawar | ||
| 1964 | Ragam P. Ramlee | Kenanga | Filem terakhir, bahagian dalam segmen Damaq |
Anugerah dan pencapaian
| Tahun | Anugerah | Filem | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 1990 | - | - | Anugerah Khas Juri | |
| 1987 | Festival | - | Pelakon Wanita Veteran | Menang |
| 1963 | Anak Manja | Pelakon Terbaik | Tercalon | |
| 1961 | Keris Sempena Riau | Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Menang | |
| 1959 | Mahsuri | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon | |
| 1951/1952 | Juwita | Pelakon Wanita Terbaik | Menang | |
| 1947/1950 | Pisau Berachun | Pelakon Wanita Terbaik | Tercalon |
Rujukan
- ^ Sharifah Zinjuaher H. M. Ariffin, Hang Tuah Arshad (1980). Sejarah Filem Melayu (The History of Malay Motion Pictures). Penerbitan Sri Sharifah.
- ^ "Pelakon veteran Kasma Booty meninggal". Utusan Malaysia. 2 June 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 August 2018. Dicapai pada 3 August 2018.
- ^ "Screen icon of 1940s Kasma Booty dies". Bernama. The Star. 2 June 2007. Dicapai pada 3 August 2018.
- ^ Mohammad Arif Nizam Abdullah (2 June 2007). "Perginya seorang ibu seni misali". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 August 2018. Dicapai pada 3 August 2018.
- ^ Veteran Actress Kasma Booty Dies
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.