KRI Singa

KRI Singa (651) merupakan kapal perang tentera laut Indonesia jenis kapal peronda anti kapal selam yang sentiasa bersedia mempertahankan negara pulau Indonesia.

Kapal KRI Singa milik Indonesia merupakan kapal kelas Andau (PB 57 Mk II) jenis kapal peronda anti kapal selam. KRI Singa memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh. KRI Singa dibina oleh Lurssen Werft, Bremen. Ia dilancarkan pada 1988. KRI Singa merupakan kapal yang dipertingkatkan keupayaannya berbanding kelas kapal sebelumnya. Sebahagian peralatan dan badan kapal dibina di Jerman dan dipasang di Indonesia. Ia dibina oleh syarikat binaan Lurssen, Vegesack, Jerman dan P.T. PAL SY, Surabaya.

Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Andau, KRI Singa, KRI Tongkak, dan KRI Ajak.

KRI Singa mempunyai 53 orang anak kapal termasuk pegawai. KRI Singa dilengkapi untuk misi anti kapalselam"anti-submarine warfare".

Kapal KRI Singa sepanjang 58.1 m; 7.62meter * 2.75meter ( 190.6 kaki panjang * 25 kaki * 9 kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 27.25. KRI Singa mempunyai seseran 423 tan penuh.

Torpedo

2 tiub torpedo 21 inci berkembar.

Meriam

Meriam utama kapal perang KRI Singa yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam tunggal Bofor 57 mm/70 kaliber yang mampu memuntahkan 200 biji/minit pada jarak 17 km ( 9.3 batu nautikal) menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang. Berat termasuk sarung "weight to shell" 2.4 kg.

Terdapat juga satu mesingan 40 mm dan dua mesingan 20 mm.

Penangkis langkah balas

Sonar: PHS-32 hull mounted MF EW: DR-2000 S3 intercept, Dagie decoy RL

KRI Singa dilengkapi dengan sistem pemintas EW: DR-2000 S3 dengan sistem pelancar umpan chaff Dagie decoy RL.

KRI Singa memiliki sonar pengesan pada badan kapal PHS-32 ('ML').

Tujahan

Kapal KRI Singa mempunyai dua enjin disel yang disambung kepada dua gandar yang menghasilkan 8,260 bhp secara berterusan dengan kelajuan 27.25 knot.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.