KRI Layang
KRI Layang (805) (FPB57) merupakan kapal tentera laut Indonesia jenis bot peronda pantas yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Indonesia. KRI Layang memenuhi keperluan Indonesia dan berperanan mempertahankan Indonesia dari kapal-kapal musuh.
KRI Layang direka dan dibina sepenuhnya di Indonesia sendiri di PT. PAL, Surabaya untuk tentera laut Indonesia. KRI Hiu diserahkan kepada tentera laut Indonesia pada tahun 2000.
Kapal peronda ini yang dibina dengan gentian kaca ini ringan dan mampu beroperasi di kawasan air cetek yang tidak mampu dihampiri oleh kapal perang biasa
Kapal lain dalam kelas yang sama adalah KRI Pandrong, KRI Sura, KRI Todak, KRI Hiu, KRI Layang, dan KRI Lemadang.
KRI Layang dilengkapkan untuk misi meronda dan dengan kelajuan tinggi ia mampu bertindak sebagai peninjau dalam pertempuran kapal ke kapal di permukaan laut "anti-surface warfare".
Torpedo
Tiada
Peluru berpandu
KRI Layang dilengkapi dengan peluru berpandu permukaan ke permukaan C 802 buatan RRC, dengan jarak berkesan sejauh 130 kilometer
Meriam
KRI Layang juga dilengkapi dengan selaras meriam Bofors SAK 57 mm/70 dengan kadar tembakan 200 biji seminit. Jarak maksima berkesannya adalah 17 kilometer (9.3 batu nautikal) dengan berat setiap biji peluru seberat 2.4 kilogram. Meriam Bofors SAK 57 mm/70 ini menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal, pesawat sayap berputar, dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang yang diselaraskan dengan sistem kawalan penyelaras tempur Signaal LIROD Mk.2.
Terdapat juga selaras meriam Bofors SAK 40 mm/70 yang mampu memuntahkan 300 biji peluru seminit dengan jarak berkesan 12 kilometer (6.6 batu nautikal) dengan berat sebiji peluru 0.96 kilogram, sebagai anti kapal, pesawat udara, helikopter, peluru berpandu anti kapal.
Penangkis countermeasures
KRI Layang juga memiliki 2 laras meriam penangkis Serangan Udara (PSU) Rheinmetall 20 mm yang mempunyai kadar kadar tembakan 1000 biji seminit, dengan jarak berkesan 2 kilometer. Berat sebiji peluru adalah 0.24 kg menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar.
Pengesan
Tiada maklumat
Tujahan
Tiada maklumat
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.