K.Pathmanathan
Shanmugam Kumaran Tharmalingam | |
|---|---|
| Fail:Kumaran Pathmanadan.jpg One of the few known pictures of Selvarasa Pathmanathan | |
| Kelahiran | Shanmugam Kumaran Tharmalingam 6 April 1955[1] |
| Status | Ditahan pada 6 Ogos, 2009 |
| Nama lain | Selvarasa Pathmanathan Kumaran Pathmanathan dan banyak lagi |
| Pekerjaan | Pemimpin LTTE |
| Motif | Nasionalisme Tamil Sri Lanka |
| Pertuduhan jenayah | Konspirasi jenayah, penyeludupan senjata api dan pencabulan Akta Pengganas India dan Akta Letupan India, pembunuhan Rajiv Gandhi. |
Kumaran Pathmanathan adalah rakyat Sri Lanka dan menjadi ketua Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). Beliau telah ditahan di Asia Tenggara pada 6 Ogos, 2009. Gelarannya KP, berumur 54 tahun. Nama lainya ialah Selvarajah Pathmanathan. LTTE lebih dikenali sebagai 'Tamil Tiger'.
Tertangkap
Pada 6 Ogos 2009, K.Pathmanathan berjaya ditangkap di ibukota di negara Asia Tenggara dan dibawa balik ke Colombo,Sri Lanka. Risikan menyatakan beliau ditangkap dengan bantuan Interpol di Bangkok atau di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Sebelum ini beliau merupakan perunding dan pengawal kewangan LTTE yang diketuai oleh Velupillai Prabakaran. Malangnya pemimpin utama LTTE itu terbunuh pada 18 Mei 2009. Ramai pemimpin utama LTTE terbunuh .
Pathmanathan menggunakan kapal laut 'Sea Pigeon' untuk mengangkut senjata seludup dan kewangan dari Asia Tenggara dan lain-lain. Setiap tahun LTTE mendapat 300 juta dolar dari mereka yang simpati. Ramai sanak-saudara keturunan Sri Langka berhijrah ke Malaysia pada zaman penjajahan British dan mendapat kerakyatan Malaysia. LTTE mendapat sumber kewangan daripada Malaysia, Thailand, Kemboja, Myanmar dan lain-lain. Pengedaran dadah dari dan ke Asia Tenggara menjadi sumber utama kewangan.[2]
Pathmanathan melarikan diri ke Asia Tenggara dan Eropah dengan pelbagai cara bagi menghidupkan kembali pergerakan bersenjata itu. Dia menggunakan berdozen pasport antarabangsa. Selepas Perang Eelam IV , Pathmanathan melantik dirinya sebagai ketua LTTE yang baru walaupun perlantikan itu dipertikaikan.
Pilihan raya akan diadakan di Vavuniya dan Jaffna wilayah Uva pada hari Sabtu , 8 Ogos 2009.Presiden Sri Lanka Mahinda Rajapaksa mahu demokrasi dan keamanan dipulihkan di markas Tamil Tiger itu. Wartawan Tanpa Sempadan mahukan pilihan raya yang bebas dijalankan di situ. Sebelum ini , Prabakaran menguasai dan memerintah Tamil Tiger secara diktator. Dia berjaya menguasai utara Sri Lanka terutama di Vavuniya dan Jaffna buat beberapa lama.[3]
Jurucakap kerajaan Sri Lanka tidak dapat memastikan sama ada Patmanathan akan diekstradisi ke India berhubung pembunuhan Perdana Menteri India,Rajiv Ghandhi. Sri Lanka akan mematuhi norma, perjanjian dan konvensyen antarabangsa. [4]
Rujukan
- ^ a b "Wanted THARMALINGAM, Shanmugam Kumaran". Interpol. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-09. Dicapai pada 26 July 2009.
- ^ "New LTTE chief Pathmanathan held in Thailand: report". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-09. Dicapai pada 2009-08-07.
- ^ "Arrest of leader a major blow to Sri Lankan rebels". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-11. Dicapai pada 2009-08-11.
- ^ "KP in defence custody". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-11. Dicapai pada 2009-08-07.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.