Juta

← 999999 1000000 1000001 →
KardinalSatu juta, sejuta
Ordinalkesejuta
Pemfaktoran26 × 56
Angka RumiM
Perduaan111101000010010000002
Pertigaan12122102020013
Kuarterner33100210004
Perlimaan2240000005
Perenaman332333446
Perlapanan36411008
Perduabelasan40285412
PerenambelasanF424016
Perduapuluhan6500020
Asas 36LFLS36
1,000,000 piksel

Satu juta (Jawi: جوتا atau جوت‎, 1,000,000) atau satu ribu ribu, ialah nombor asli selepas 999,999 dan sebelum 1,000,001.

Dalam tatatanda saintifik, ia ditulis sebagai 1×106 atau hanya 106. Kuantiti fizikal juga dapat dinyatakan menggunakan awalan SI mega, apabila menggunakan unit SI. Contohnya, 1 megawatt bersamaan 1,000,000 watt.

Prefiks yang digunakan untuk menyebutnya dalam Sistem Unit Antarabangsa adalah Mega (M).

Peristilahan

Perkataan "juta" meminjam dari bahasa Sanskrit iaitu यूथ yūtha yang diertikan sebagai suatu "jumlah yang besar" (multitude);[1] malah angka ini dahulu pernah dieja sebagai "yuta" (Jawi: يوت) yang turut ditemukan dalam Hikayat Hang Tuah.[2] Kamus Itali-Melayu dikarang Antonio Pigafetta mencatatkan bilangan ini bersamaan dengan "10 keti".[2]

Aarex Tiaokhiao menamakan bilangan ini "Sooxol", "6-noogol" dan "Goonaoltetrault". ini setara dengan (101000)x[4] dalam Notasi panah Aarex.[3]

Penggunaan

Berikut adalah penggunaan juta.[3]

Waktu

  • 1 juta saat bersamaan dengan sekitar 11.5 hari.
  • 1 juta minit bersamaan dengan 2 tahun.
  • 1 juta jam bersamaan dengan 114 tahun.
  • 1 juta hari bersamaan dengan 27 abad.
  • 1 juta minggu bersamaan dengan 19 alaf.

Luas wilayah

  • 1,049,200 km2: Luas negara Kazakhstan.
  • 1.7 juta km2: Luas banegara bagian Alaska.

Dalam sistem penamaan angka bebasis-Yunani, bilangan juta biasanya dikaitkan oleh prefiks SI mega-. Sementara pefiks mikro- dalam sistem penamaan Latin.[3]

Dalam notasi lain

Juta setara dengan....[3]
Jenis notasi Batas bawah Batas atas
Notasi saintifik 10 × 106
Notasi panah
Notasi Steinhaus-Moser 7[3] 8[3]
Notasi salinan 9[6] 1[7]
Fungsi Ackermann multivariabel Taro A(3,16) A(3,17)
Notasi Pound-Star #*(69)*3 #*(70)*3
BEAF* {10, 6}
Notasi Hiper-E E6
Sistem matriks Bashicu (0)[1000]
Notasi panah hiperfaktorial 9! 10!
Hirarki cepat-bertumbuh
Hirarki Hardy
Hirarki lambat-bertumbuh

*Bower's Exploding Array Function

Lihat pula

Rujukan

  1. ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 856. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 86–87.
  2. ^ a b Shaharir Mohamad Zain; Zahrin Affandi Mohd. (Januari 2018). "Reka Cipta Sistem Bilangan Perpuluhan Malayonesia Dalam Bahasa Melayu Mendahului Sistem Bilangan Perpuluhan Dalam Bahasa Inggeris". Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia. 11 (1): 4.CS1 maint: date and year (link)
  3. ^ a b c d "Million". Googology Wiki (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Julai 2019.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.