Jonathan Groff
Jonathan Groff | |
|---|---|
Groff di Outfest pada Jun 2013 | |
| Kelahiran | Jonathan Drew Groff 26 Mac 1985 Lancaster, Pennsylvania, A.S. |
| Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
| Tahun aktif | 2005–kini |
Jonathan Drew Groff (lahir 26 Mac 1985) ialah seorang pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat. Pada usia 22 tahun, Groff meraih pencalonan Anugerah Tony untuk wataknya sebagai Melchior Gabor dalam muzikal rock Broadway Spring Awakening. Beliau juga menjayakan peranan Claude dalam Hair. Sering kelihatan di pentas off-Broadway, Groff memenangi Anugerah Obie kerana membintangi dua sandiwara pentas Craig Lucas, Prayer for My Enemy dan The Singing Forest. Beliau membuat penampilan West End pertamanya dalam sandiwara pentas Deathtrap bersama Simon Russell Beale. Beliau juga membintangi Red bersama Alfred Molina.
Pada tahun 2013, Groff membintangi adaptasi layar pertama karya pengarang David Sedaris, C.O.G., di mana beliau melakonkan watak yang berdasarkan darpada Sedaris sendiri, dan sebagai pelakon suara Kristoff dalam Frozen. Di televisyen, Groff memegang watak Jesse St. James dalam siri Fox Glee, dan dari 2014 sehingga 2015, beliau juga melakonkan watak sebagai Patrick Murray dalam siri HBO Looking.
Kehidupan awal
Groff dilahirkan di Lancaster, Pennsylvania, sebagai anak kepada Julie, seorang gur fizik, dan Jim Groff, seorang pelatih kuda. Beliau mempunyai seorang abang, David, dan merupakan sepupu pertama dari penyanyi James Wolpert,[1] peserta separuh akhir musim kelima dari The Voice.
Kehidupan peribadi
Groff menyatakan dirinya sebagai gay pada Oktober 2009 saat Perarakan Kesaksamaan Nasional di Washington.[2] Sejak 2010, Groff dikhabarkan menjalin hubungan dengan pelakon Zachary Quinto. Pada September 2012, Quinto menyatakan bahawa beliau dan Groff mempunyai hubungan.[3] Pada Julai 2013, media melaporkan bahawa hubungan mereka berdua retak.[4]
Rujukan
- ^ "Interview with James Wolpert: L-S grad growing confident on 'The Voice'". LancasterOnline. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-11. Dicapai pada 2021-07-07.
- ^ Jensen, Michael (19 Oktober 2009). "Tony Award Nominee Jonathan Groff has Most Low-key Coming Out Ever". AfterElton.com. Dicapai pada 2012-02-17.
- ^ Strecker, Erin (September 12, 2012). "Zachary Quinto on dating Jonathan Groff: 'I'm incredibly happy'". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03. Dicapai pada 24 Januari 2014.
- ^ "Jonathan Groff and Zachary Quinto end yearlong romance". United Press International. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-09. Dicapai pada 24 Januari 2014.
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.