Jonathan Bamba
|
| |||
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Tarikh lahir | 26 Mac 1996 | ||
| Tempat lahir | Alfortville, Perancis | ||
| Ketinggian | 1.75 m (5 ka 9 in)[1] | ||
| Posisi permainan | Pemain tengah | ||
| Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Chicago Fire | ||
| Nombor | 19 | ||
| Kerjaya remaja | |||
| 2002–2005 | CA Paris-Charenton | ||
| 2005–2011 | UJA Alfortville | ||
| 2011–2015 | Saint-Étienne | ||
| Kerjaya Senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
| 2015–2018 | Saint-Étienne | 42 | (8) |
| 2016 | → Paris FC (pinjam) | 14 | (0) |
| 2016 | → Sint-Truiden (pinjam) | 8 | (2) |
| 2017 | → Angers (pinjam) | 16 | (3) |
| 2018–2023 | Lille | 167 | (27) |
| 2023–2025 | Celta Vigo | 39 | (3) |
| 2025– | Chicago Fire | 40 | (7) |
| Pasukan kebangsaan‡ | |||
| 2011 | Perancis B16 | 2 | (0) |
| 2013 | Perancis B18 | 3 | (0) |
| 2015–2016 | Perancis B20 | 7 | (2) |
| 2017–2019 | Perancis B21 | 21 | (5) |
| 2023– | Ivory Coast | 10 | (1) |
|
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 11 April 2026 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 26 Mac 2024 | |||
Jonathan Bamba (lahir 26 Mac 1996) merupakan seorang pemain bola sepak Perancis yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Major League Soccer, Chicago Fire FC.[2] Bamba berasal daripada keturunan Ivory Coast.[3] Dilahirkan di Perancis, beliau mewakili pasukan kebangsaan Ivory Coast.
Kerjaya kelab
Saint-Étienne
Bamba merupakan pemain lepasan akademi Saint-Étienne yang disertainya pada tahun 2011.
Bamba melakukan penampilan sulungnya di Ligue 1 pada 25 Januari 2015 ketika menentang Paris Saint-Germain selepas beliau menggantikan Yohan Mollo pada minit ke-82 permainan yang berakhir dengan kekalahan 0-1 di gelanggang sendiri. Semasa jendela perpindahan musim panas tahun 2015, beliau menjaringkan gol ketika menentang Ajax dalam pertemuan persahabatan. Pada 20 September 2015, beliau beraksi dalam perlawanan liga menentang Nantes dan menjaringkan gol pada minit ke-26 sekali gus mencatatkan jaringan sulungnya dalam perlawanan kompetitif bersama Saint-Étienne.[4]
Pada 18 Januari 2016, Bamba telah menyertai kelab Ligue 2, Paris FC sehingga penghujung musim 2015-16 di samping Paris FC tidak diberi pilihan untuk membeli Bamba secara tetap apabila tempoh pinjamannya tamat.[5][6] Bamba kemudiannya telah dipinjamkan ke kelab Belgium, Sint-Truiden pada musim panas 2016. Namun, Sint-Truiden menghantarnya semula ke Saint-Etienne dengan lebih awal semasa cuti musim sejuk musim 2016–17. Pada 4 Januari 2017, Bamba telah dipinjamkan ke kelab Ligue 1, Angers sehingga ke penghujung musim 2016-17.[7]
Pada 24 September 2017, Bamba menjaringkan gol penyamaan kedua Saint-Étienne daripada kotak penalti pada aksi liga yang tamat dengan keputusan terikat seri 2–2 menentang Rennes sekali gus mencatatkan gol keempatnya di Ligue 1 (tiga jaringan daripadanya ialah melalui sepakan penalti) untuk musim 2017–18.[8]
Lille
Pada 2 Julai 2018, Bamba telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Lille.[9] Pada 11 Ogos 2018, Bamba telah melakukan penampilan sulungnya untuk Lille dan menjaringkan gol terakhir perlawanan untuk menyudahkan kemenangan bergaya 3-1 ke atas Stade Rennais. Pada dua minggu kemudian, beliau beraksi dalam perlawanan ketiganya di Ligue 1 bersama Lille dan meneruskan rentak jaringannya apabila beliau menyumbat dua jaringan gol bagi membantu pasukannya meraih kemenangan 3-0 ke atas Guingamp.[10] Pada 30 September, Bamba menghasilkan dua gol termasuk tendangan penalti pada enam minit terakhir untuk memastikan pasukannya mengutip tiga mata penuh pada aksi menewaskan Marseille 3-0.[11] Pada 6 Oktober, beliau menjaringkan gol ketujuhnya di Ligue 1 apabila beliau sekali lagi mencetak dua jaringan gol dan membantu jaringan gol Nicolas Pépé untuk menundukkan Saint-Étienne 3-1.[12]
Statistik kerjaya
- Sehingga 4 April 2020.
| Kelab | Musim | Liga | Piala[a] | Piala Liga | Eropah | Lain | Jumlah | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
| 2014–15 | 3 | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | — | 4 | 0 | ||
| 2015–16 | 5 | 1 | 1 | 0 | 1 | 0 | 4[b] | 0 | 11 | 1 | |||
| 2016–17 | 14 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | — | 14 | 0 | ||||
| 2016–17 | 8 | 2 | 3 | 1 | — | 11 | 3 | ||||||
| 2016–17 | 16 | 3 | 3 | 0 | 0 | 0 | 19 | 3 | |||||
| 2017–18 | 34 | 7 | 2 | 1 | 1 | 0 | 37 | 8 | |||||
| Jumlah di Saint-Étienne | 42 | 8 | 4 | 1 | 2 | 0 | 4 | 0 | — | 52 | 9 | ||
| 2018–19 | 38 | 13 | 3 | 1 | 0 | 0 | — | — | 41 | 14 | |||
| 2019–20 | 26 | 1 | 3 | 0 | 2 | 0 | 6[c] | 0 | 37 | 1 | |||
| Jumlah | 64 | 14 | 6 | 1 | 2 | 0 | 6 | 0 | — | 78 | 15 | ||
| Jumlah kerjaya | 144 | 27 | 16 | 3 | 4 | 0 | 10 | 0 | — | 197 | 30 | ||
- ^ Termasuk Coupe de France dan Piala Belgium.
- ^ Penampilan di Liga Europa UEFA.
- ^ Penampilan di Liga Juara-Juara UEFA.
Pencapaian
Individu
- Pemain Terbaik Bulanan UNFP Ligue 1: April 2019
Catatan
- ^ "Jonathan BAMBA - Football : la fiche de Jonathan BAMBA (Saint-Étienne)".
- ^ Biodata Jonathan Bamba di Soccerway. Capaian 2015-01-26.
- ^ "Jonathan Bamba: le jeune ivoirien à Saint Trond". africatopsports.com (dalam bahasa Perancis). Africa Top Sports. 17 August 2016. Dicapai pada 4 April 2020.
- ^ "Saint-Étienne vs. PSG - 25 January 2015 - Soccerway". soccerway.com. Dicapai pada 2015-01-26.
- ^ "Jonathan Bamba to join Paris FC on loan". Get French Football News. 18 January 2016.
- ^ "Bilel Moshni (Angers) et Jonathan Bamba (Saint-Etienne) au Paris FC". L'Équipe. 18 January 2016.
- ^ "Transfert : Jonathan Bamba prêté à Angers". L'Équipe. 4 January 2017.
- ^ "Saint-Étienne come from behind twice in Rennes draw". www.ligue1.com. 24 September 2017.
- ^ "En fin de contrat à Saint-Etienne, Jonathan Bamba signe à Lille". L'Équipe. 2 July 2018.
- ^ "Bamba doubles up as Lille take down Guingamp". www.ligue1.com. 26 August 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-27. Dicapai pada 2020-06-11.
- ^ "Lille stun Marseille to move up to second". www.ligue1.com. 30 September 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-30. Dicapai pada 2020-06-11.
- ^ "Lille sink Saint-Etienne to go second". www.ligue1.com. 6 October 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-09. Dicapai pada 2020-06-11.
Pautan luar
- Jonathan Bamba di French Football Federation (archived) (dalam bahasa Perancis)
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.