Johnny Bikin Filem
| Johnny Bikin Filem | |
|---|---|
Poster promosi Johnny Bikin Filem | |
| Pengarah | Anuar Nor Arai |
| Penulis | Anuar Nor Arai |
| Dibintangi | Zack Idris Wafa Jalaluddin Hassan Erma Fatima M. Amin |
| Dikisahkan oleh | Anuar Nor Arai |
| Sinematografi | Jamal Maarif |
| Disunting oleh | Mahadi J. Murat Mior Hashim Manap |
| Muzik oleh | Din Othman |
Tarikh tayangan | 1995 |
| Negara | |
| Bahasa | Melayu |
Johnny Bikin Filem ialah sebuah filem yang dihasilkan oleh Universiti Malaya di Malaysia. Filem ini hasil lakonan Zack Idris, Wafa, Jalaluddin Hassan, Erma Fatima dan M. Amin.
Sinopsis
Johnny mula dianggap sebagai godfather bila ia terlibat menerbitkan filem secara bebas di Singapura dan ia berada di tengah-tengah kegiatan samseng yang diketuai oleh Towkeh Wong dan Towkeh Fong. Johnny merapati primadona bangsawan Siti Rafeah yang dibimbing oleh Pak Shariff Sutero. Johnny beralih selera kepada Siti Kamaliah, adik kepada Siti Rafeah. Johnny bermuafakat dengan Towkeh Wong untuk melindungi nyawa Siti Kamaliah tapi Towkeh Wong menolak. Johnny mengugut nyawa Towkeh Wong. Mastar memperkecilkan keupayaan Johnny sebagai godfather dan mencabar Johnny. Yusof Telo melindungi dan mengukuhkan kedudukan Johnny dalam dunia perfileman dan menghapuskan kuncu-kuncu Mastar. Yusof Telo turut melindungi kesemua perempuan simpanan Johnny. Ketika menandatangani kontrak dengan Towkeh Fong untuk Johnny menguasai sebahagian dunia perfileman di Singapura, Mastar membunuh Towkeh Fong. Mastar meluaskan kuasanya dengan mengganggu kawasan-kawasan di bawah kepentingan Johnny. Dalam kejadian tembak menembak Johnny turut cedera. Siti Rafeah tinggalkan filem dan menyanyi di Happy World Cabaret. Siti Kamaliah berlakon di pentas bangsawan. Johnny bersemuka dengan Mastar berhubung dengan jajahan kuasa masing-masing di Singapura. Siti Rafeah mengahwini Pak Shariff Sutero tapi cemburu dan dendamnya terhadap Siti Kamaliah tidak pernah padam. Johnny dan Yusof Telo menemui Towkeh Wong mati dibunuh di godownnya. Johnny resah dan menyuruh isterinya terbang ke Brunei. Orang-orang Mastar terus menghambat Johnny di persembunyiannya di godown. Penggambaran filem terbitan Johnny diadakan di lokasi. Di lokasi ini Johnny ditembak mati oleh seorang penembak tepat.
Pelakon
Pelakon utama
- Zack Idris sebagai Johnny
- Wafa sebagai Siti Kamaliah
Pelakon pembantu
- Jalaluddin Hassan sebagai Mastar
- Erma Fatima sebagai Siti Rafeah
- M. Amin sebagai Pak Shariff Sutero
- Cheng Guan sebagai Towkeh Fong
- Izi Yahya sebagai Robert
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.