Innocent Witness

Innocent Witness
증인
PengarahLee Han
PenulisLee Han
Moon Ji-won
Dihasilkan olehKim Jae-joong
Lee Jun-woo
Kim Woo-jae
DibintangiJung Woo-sung
Kim Hyang-gi
SinematografiLee Tae-yoon
Disunting olehNam Na-yeong
Muzik olehJo Yeong-wook
Syarikat
penerbitan
Movie Rock
Studio By The Library
Diedarkan olehLotte Cultureworks
Tarikh tayangan
  • 13 Februari 2019 (2019-02-13)
Masa tayangan
129 minit
NegaraKorea Selatan
BahasaKorea
Pecah panggungAS$18.1 juta[1]

Innocent Witness adalah sebuah filem drama dari Korea Selatan pada tahun 2019 yang diarahkan oleh Lee Han dan dibintangi oleh Jung Woo-sung dan Kim Hyang-gi. Filem ini diterbitkan di Korea Selatan pada 13 Februari 2019.

Sinopsis

Seorang lelaki tua yang menderita penyakit kemurungan ditemui mati di dalam rumah, dan pembantu rumahnya, Mi-ran, didakwa atas pembunuhan itu. Peguam bela Mi-ran, Sun-ho, mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kejadian bunuh diri. Usaha tersebut digagalkan apabila Pendakwa raya Hee-joong, mengambil keterangan melalui saksi kejadian tersebut melalui sesi rakaman untuk dijadikan sebagai bahan bukti di dalam mahkamah. Soon-ho begitu teruja apabila mengetahui satu-satunya saksi kejadian itu ialah Ji-woo, seorang gadis remaja yang menghidap autisma. Dia ingin membawa Ji-woo ke kandang saksi namun dibantah oleh Hee-joong atas faktor mental dan fizikal Ji-woo yang istimewa.

Bagi Soon-ho, ini adalah kes yang dikendalikan secara percuma atas arahan majikannya, Byung-woo. Sebelum ini, Soon-ho seorang peguam yang hebat dan banyak mengendalikan kes berprofil tinggi, namun sejak kegagalannya mengendalikan satu kes milik bekas rakannya dan kekasihnya, Soo-in yang bekerja sebagai aktivis hak asasi manusia, dia kini lebih menumpukan perhatian untuk mengendalikan kes Ji-woo. Pelbagai usaha untuk dia mengambil keterangan daripada Ji-woo yang istimewa.

Pada hari perbicaraan balas di Mahkamah Tinggi Seoul, keterangan Ji-woo sebagai saksi disoal oleh Hee-joong dan akibat penyakit yang dihidapinya, Ji-woo mengatakan bahawa Mi-ran melakukan serangan ke atas si mati. Tindakan ini menyebabkan Byung-woo tidak berpuas hati dan menyatakan kepada mahkamah bahawa seseorang autisma mempunyai kecelaruan mental untuk mentafsir tingkah laku seseorang. Soon-ho bingkas menyokong tindakan ketuanya dan melalui hasil ujian mimik wajah menyebabkan Ji-woo gagal memuaskan hati para hakim dan juri, jika seseorang itu menyerang atau membantu. Ibu Ji-woo begitu kecewa dan sedar bahawa anaknya telah dipergunakan oleh Soon-ho dan dimalukan di dalam mahkamah. Ji-woo turut menjauhkan dirinya terhadap Soon-ho selepas itu dan sedar dia mempunyai masalah mental yang kronik dan tiada penawar baginya. Dia juga berimpian untuk menjadi seorang peguam seperti Soon-ho apabila dewasa kelak.

Dua minggu kemudian, pada hari sebutan hukuman, mahkamah telah mengklasifikasikan kes tersebut sebagai bunuh diri, keterangan dari Ji-woo sebagai saksi utama yang autisma tidak boleh diguna pakai. Mi-ran dibebaskan serta merta. Namun begitu, Hee-joong membuat permohonan rayuan untuk sesi rayuan kelak. Di kesempatan itulah, Soon-ho mula berubah hati dan mahu membantu Ji-woo. Tindakan ini tidak dipersetujui oleh ibu Ji-woo tetapi sejak mahkamah rayuan menolak rayuan Hee-joong, Soon-ho tetap berusaha memujuk Ji-woo untuk dia kembali sebagai saksi selepas Soon-ho menyedari ada kesangsian terhadap perhubungan di antara Mi-ran dan Kim Man-ho, anak kepada si mati.

Tiga minggu kemudian, Ji-woo memujuk ibunya untuk dia kembali ke mahkamah rayuan sebagai saksi untuk menjelaskan kronologi kejadian tersebut. Pada hari perbicaraan, Soon-ho telah berpaling tadah terhadap pasukannya dan membantu Ji-woo untuk menceritakan kronologi penuh kejadian tersebut selepas mahkamah berpuas hati dengan keunikan ujian mental dan pendengaran yang tajam yang dilakukan oleh Soon-ho terhadap Ji-woo sebelum perbicaraan bermula. Tindakan Ji-woo akhirnya menyebabkan Mi-ran terpaksa mengaku bersalah dia atas pembunuhan itu melalui perancangan yang dilakukan oleh Man-ho, untuk menuntut wang insuran bapanya ekoran masalah kewangan yang dihadapinya sejak beberapa tahun yang lalu. Ji-woo berjaya membuktikan kepada mahkamah rayuan bahawa ini adalah kes jenayah pembunuhan bukan kes bunuh diri. Mi-ran dan Man-ho diberkas serta merta selepas pengakuan bersalah direkodkan. Soon-ho berterima kasih kepada Ji-woo yang berusaha setiap hari untuk berubah dari seorang autisma kepada seorang manusia yang sempurna. Soon-ho pula meneruskan perhubungannya dengan Soo-in untuk menyempurnakan hajat bapanya, Kil-jae agar dia segera menamatkan zaman bujangnya.

Pelakon

  • Jung Woo-sung sebagai Soon-ho (Peguambela Mi-ran)
  • Kim Hyang-gi sebagai Ji-woo (Gadis autisma)
  • Lee Kyu-hyung sebagai Hee-joong (Pendakwa raya)
  • Yum Hye-ran sebagai Mi-ran (Defendan)
  • Jang Young-nam sebagai Hyun-jung (Ibu Ji-woo)
  • Jung Won-joong sebagai Byung-woo (Majikan Soon-ho)
  • Kim Jong-soo sebagai Man-ho (Anak lelaki kepada si mati)
  • Kim Seung-yoon sebagai Shin-hye (Rakan sekelas Ji-woo)
  • Park Geun-hyung sebagai Kil-jae (Bapa Soon-ho)
  • Song Yoon-ah sebagai Soo-in (Kekasih Soon-ho)
  • Lee Jun-hyeok sebagai Yoon-jae (Rakan kongsi Byung-woo)
  • Lee Re sebagai Kyung-hee (Rakan sekelas Ji-woo dan Shin-hye)

Rujukan

  1. ^ "Innocent Witness (2019)". Korean Film Biz Zone (dalam bahasa Inggeris).

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.