In-Track

In-Track
Genrenashid
Kegiatan berkaitanBerkumpulan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kumpulan In-Track merupakan sebuah kumpulan nasyid yang berasal dari Malaysia.


Ahli-ahli kumpulan In-Track terdiri daripada mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang dipertemukan melalui satu ujibakat untuk menyertai Festival Nasyid Kemerdekaan Antara IPTA anjuran Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) pada tahun 2009. Pada awalnya, kumpulan In-Track, ketika itu dikenali sebagai kumpulan Da’My bagi mewakili UNIMAS dan berjaya mara ke peringkat akhir festival nasyid tersebut.

Bertitik tolak dari pertemuan itu, ikatan ukhwah mula terjalin antara anggota malah kesenorokan menyampaikan dakwah melalui lontaran vokal harmoni mula terasa. Setelah mengadakan musyawarah, ahli-ahli kumpulan In-Track mencapai kata sepakat untuk mengabadikan ukhuwah dan dakwah dalam suatu bentuk kompilasi yang boleh dikongsi bersama-sama. Album pertama In-Track telah diterbitkan pada (2010-02-06) 6 Februari 2010 (umur 16) hasil usaha dan modal yang dikeluarkan sendiri oleh anggota-anggota In-Track.

Pemilihan nama In-Track adalah melalui satu proses musyawarah yang panjang sebelum bersetuju bagi meilih nama In-Track. Pemilihan nama tersebut disifatkan unik kerana melalui satu perkataan, beberapa maksud dan interpretasi dapat dilahirkan.

Perkataan In-Track berasal dari perkataan inggeris interact yang bermaksud interaksi atau berkomunikasi. Interaksi yang dimaksudkan ialah hubungan dua hala antara In-Track dan para pendengar. Selain itu, In-Track juga mempunyai maksud dalam landasan atau laluan. Menerusi lagu dan muzik, jelas In-Track ingin menyampaikan kepada pendengar bahawa landasan yang tepat ialah berlandaskan Al-Quran dan as-sunnah. Perkataan track juga membawa maksud data atau sering merujuk kepada lagu-lagu di dalam cakera padat. Dalam erti kata lain, segala mesej yang ingin disampaikan terkandung di dalam lagu-lagu dendangan In-Track.

Album

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.